Showing posts with label Baituna Jannatuna. Show all posts
Showing posts with label Baituna Jannatuna. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Tips Cantik ;)

Assalamua'laikum kawan2 semua... Ntah kenapa sejak akhir2 ini aku terpanggil untuk membuat perubahan pada diri "luaran". Mungkin kerana usia yang semakin meningkat dan takut cik abang lariii hihihi... (Siapa tak sayang suami oiii...)

Dulu aku tak kisah sangat dengan penampilan diri. Alhamdulillah sejak kebelakangan ni, aku dah pandai make-up, pakai bedak muka n gincu... Itu step pertama yang cuba aku laksanakan dan aku seronok bila lihat mukaku bewarna. Terkini aku buat facial... Step kedua dan punyalah teruja dengan kehalusan dan kemulusan kulit ini, terus aku mencari sebanyak mungkin cara untuk mencantikkan diri hanya untuk tatapan suami :)

Step ketiga - mandi fajar (mandisebelum subuh...) Yang ini sangat2lah berguna untuk aku kerana selain kelebihan yang aku senaraikan di bawah, aku tambah lagi satu yang PALING PENTING ini iaitu selesai mandi - tahajjud - ngaji selembar dua - solat subuh --- preparation untuk sediakan SARAPAN buat keluarga! Seringkali aku abaikan ini. Aku berazam untuk tidak lagi meninggalkan tanggungjawab ini setap hari walaupun hanya sekeping lempeng!
Iman, Amien n Amaan mandi di Thistle Hotel, JB

"Daripada Imam Ahmad As-Syaraji; dalam menjaga kesihatan Rasulullah S.A.W mengamalkan mandi fajar iaitu mandi sekitar pukul 4 pagi (sebelum subuh)". Kelebihannya ialah:

1. Tidak terkena penyakit asma
2. Terhindar dari angkara jahat seperti sihir
3. Tubuh badan menjadi sihat
4. Wajah bercahaya
5. Doanya mudah dimakbulkan Allah
6. Wajah menjadi awet muda
7. Kulit lebih lembut dan halus

Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Tapi lepas ini, jika u all tak nak memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk sbb ia dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

Dengan adanya pancutan air, maka ion negatif dan ion positif terpecah. Ion positif yang lebih berat, membuat ion ini cepat jatuh sedangkan ion negatif dapat melayang di udara. Itulah sebabnya kita merasa lebih nyaman dan segar ketika mandi di air terjun atau ketika menghirup udara setelah hujan kerana terdapat ion negatif di udara. Dalam satu pancutan, jumlah ion negatif meningkat 10 kali ganda setelah digunakan shower selama 5 minit dan terus bertambah dengan semakin lamanya penggunaan shower. Tetapi harus diingat, bahawa wap panas dapat meningkatkan ion positif, maka bila kita mandi pastikan ada ruang udara dan sehingga terjadi pertukaran udara.

Penggunaan shower juga dapat memberi urutan pada wajah kita sehingga wajah kita dapat bernafas dengan lebih baik. Maka untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaknya shower tidak digunakan secara tegak lurus, tetapi dengan megiring lebih kurang 60 darjah. Jadi, tidak ada salahnya cuba menggunakan shower ketika mandi sebagai terapi untuk wajah kita yang mulus nih hihihi... 

8. Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah kita lancar maka tubuh badan akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah kita juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih. Best kan??? 

9. Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita. So kalau nak tambah lagi molek sangat le tu... Pakat-pakat dengan cik abang yer hihih... 

10. Mengurangkan risiko darah tinggi

Untuk yang memiliki penyakit darah tinggi dan nak elak pun elok sangat ni, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk mengurangkan penyakit tu. Insyaallah, dengan izin Allah, jika ia diamalkan selalu, penyakit tu akan pulih. Setidaknya tak le tahap membahayakan. Penyakit 3 serangkai ni mana leh hilang bila dah ada tapi Insyaallah cara ni leh turunkan paras bahayanya. 

11. Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah celsius. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh. Kalau tak alami depression pun bagus juga amalkan. Tenang je rasanya. Lagi best pastu terus solat lagi le tenang. 

12. Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit. Tu sebab mak ayah dulu susah nak dapat penyakit terutama yang teruk-teruk tu. 

13. Mengeluarkan racun dalam tubuh

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

14. Turunkan berat badan

Air yang sejuk dapat membantu kurangkan lemak dalam badan. One big good news for those not like me hihihi... Camne kalau nak gemuk lak ek? 

15. Jangkitan kulit

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit. 

16. Selesema dan sakit kepala

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit. 

17. Insomnia

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Sebelum terlupa, the very important ia cantikkan yang "dalaman" juga ya! How??? Will be continue... In syaa Allah :)

Tuesday, October 27, 2009

Aidilfitri Open House 12/10/2009

Tarikh ni juga sempena genap setahun aku, Iman n Amien menetap di Qatar. Masih dalam bulan syawal, kami pun bukalah pintu untuk sahabat2 perantau untuk menjamu juadah yang tak seberapa. Alhamdulillah banyak juga kuih muih dan juadah extra yang tak diduga sampai di meja. Syukran ya teman2...


Bila tetamu dah ramai tiba tak dapat plak cik abang nak snap gambar2nya, maklumlah dah busy layan tetamu. Jiran depan rumah pun dijemput, bagus juga dia walaupun India nak juga dia berikram dengan kami tapi wife dia tak datang sebab can not speak english. Manakala tetamu istimewa kami malam tu, datang dari jauh Al-Khor...(Best friend hubby lah...) Syukran ya sudi ke teratak kami... Ojo serik, mampir lagi kapan2 ke Doha...

Wednesday, August 12, 2009

Test Power

Belum balik kampung lagi dah sambar SLR? Tak aci ni... Sebab cik abang yang keje teruk2 kan... Bagi change lah dia nak beli apa... Janji benda tu berguna untuk dunia dan akhirat...

My Lovely Husband... It's me...

Saje2 test power ni... Bagus juga abang ambil gambar pokok ni... Aku boleh cerita pasal pokok menghijau kat Qatar ni. Tak percaya ker? Bolehlah... Pokok boleh hidup dalam rumah di Qatar ni. Nak bagitahunya bagus tanam pokok dalam rumah selain ia mencantikkan pemandangan serta mennyuburkan jiwa, ia juga adalah makhluk Allah yang sentiasa berzikir. Tak rugi tanam pokok tau! Dan perlu diingat... Memandangkan ia makhluk Allah yang berzikir, kita dilarang meletakkan pokok hidup di dalam toilet. Kalau pokok plastik tu tak mengapalah...

Teka? Benar ke palsu...


Pokok cekur aku...


Dua orang yang rebutan PSP... Yang adik pun dah pandai...

Semoga Allah berkati keluarga kita serta harmoni selamanya hingga ke syurga... Amin :) Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua...

Tuesday, August 4, 2009

Buah-buahan Tempatan

Semalam balik dari kerja, hubby kata "jom pergi beli barang..." ingatkan nak pergi FFC tapi ke City Center rupanya. Dalam pada ambil keperluan basah (sayur-sayuran) hubby pergi ke bahagian buah-buahan dengan anak2... Nak tahu dia ambil apa? Jeng...jeng..jeng...Tara!!! Lepas rindu kat kampung lah ni (sian hubby ku....) Aku je yang macam kempunan durian... Waaaa!...

Rambutan segitu QR17... Longan QR18... Adusss...

Sejak dua minggu kebelakangan ni dan mungkin sejak hubby keje malam terus aku suka satu jek... Hubby bawa bekal pergi keje... Aku apa lagi, cam best jek masak padahal aku bukan pandai sangat masak pun... Kadang2 tu tak menjadi... Cuma suka kalau masak tu, habissss....

Kalau ada bunga kantan n daun kesum dalam asam pedas ni, mesti sedap kan bang?

Dah tak lama lagi nak sambut Ramadhan Al-Mubarak dan sekali gus dah tak lama lagi kami akan pulang ke kampung....Cepatnya masa berlalu....Kejap lagi dah nak balik kampung (aku suka part ni) tapi bermakna akan cepat juga kami kembali lagi ke sini (alamak! tu yang tak nak tu..... hehehe) Saje masukkan gambar2 kampung ni...Windu aaaaa.....


Bahagian tepi n jalan naik rumah mak abah (Felda Kledang, Kota Tinggi)



Iman n sepupunya (anak kakak aku...Mujahid & Mufarrid)



Kakak hubby ;
Kak Tom n Kak Minah n anak2 buah... (Kg Sg Alai, Panchor Muar)



Iman n Hisyam (anak buah hubby...anak buah akulah jugaks)

Sunday, July 12, 2009

Dates n Wireless

Kalau di sana durian, di sini dates... Dua-dua mula dengan huruf "d" oklah tu... Buah kurma bagus untuk kesihatan dan banyak disebut di dalam al-Quran hadith. U all search je kat tenet ni, sure jumpe punya. So, minggu ni kami berpeluang memetik kurma fresh dari pokok dia. Kat mana? Mana lagi kalau tak tepi Corniche tu...hehehe... Cik abang kata pokok2 kurma ni memang wakaf, sesiapa boleh amik... Kira ni kami bernasib baik jumpa pokok yang belum diusik, kalau tidak sure next week dah takde dah diambil orang...

Yang ni jenis hijau... kalau masak warnanye kuning oren cerah...


Yang ni jenis merah... Ada yg dah masak, rasa dia mcm "Yusuf Taiyubbb!", kata hubby...


Yang ni anak siapa berguling2 mcm bintang bollywood ni?


Abah n Iman kutip buah "sawit" Qatar...

Sebelum ni internet rumah kitaorang share ngan jiran sebelah atas, tapi la ni dah tak yah dah... Cik abang dah wireless, abis satu rumah boleh tenet...dengan iPod nya, handphone nya, laptopnya semua boleh access! Tu yang aku dah boleh online selalu sebab masing2 dah ada sendiri punya. Cuma Iman je kadang2 kacau laptop aku...
aku nak amik gambo "benda putih" tu, Iman pulak sibuk...
cik abang punya desktop... "Buat keje" dalam bilik...privacyyy...
aku punya laptop... duk kat ruang tamu, sambil masak, sambil chatting... hehehe... jangan mareee...

Tuesday, March 24, 2009

Malaysian Al-Mergab2 Club

Actually club ni dah ditubuhkan sebelum kami balik Malaysia tuhari. Inisiatif ni diambil sebab dah ramai orang kita kat appartment ni, so bile lagi nak kuatkan silatur rahim yang ada. Duduk negara orang ni, merekalah saudara kita, sakit pening diaorang tolong, ziarah menziarahi and yang bestnya berrehlah bercamping bersama. Seronok jadinya tau...

1. Family Che Wan n Kak Ma
2. Family Sabar n Rafieah
3. Family Yus n Kak Wani
4. Family Batman n Nor
5. Family K-Lot n Kak Ina
6. Family Man Din n Kak Siti
7. Family Razak n Kak Syidah
8. Family Rambo n Kak Zana
9. Family Awie n Kak Zue
10. Family Mat Paisal n Kak Ila
11. Family Rizal n Kak Yatie
12. Family Amin n Kak Akidah
13. Affandi
14. Harisuddin
15. Joes
16. Masfihan
17. Wan Hairol
18. Azmanshah
19. Sham
20. Kamal Benu
21. Madi
22. Hussein

Ni gambo masa kaum bapa first meeting... Tak nak kalah! Meeting pun buat kat hotel. Mentang2lah dekat ngan Hotel Merweb ni (ni lah hotel yang depa duduk mase first time datang sini...) Kaum ibu bile nak pi hotel plak ni? Kekeke...


Hmm kalau tak silap dah dua tiga kali jugak ah dia orang buat events. Kami sekeluarga belum pernah sertai lagi sebab masa tu kami balik kampung kan... Tapi jeng! jeng! jeng! Ha ni lah aktiviti pertama club yang kami involve... BBQ kat ground floor jek, sempena meraikan family2 yang baru sampai di Mergab ni. Family Mat Paisal & Kak Ila, Family Razak & Kak Syidah, Family Awie & Kak Zue, Family Ramboe & Kak Zana... Lagiii family sape ek, bang? Aku ingat wifenye jek, suaminye tak tahu... Kak Yatie & Kak Akidah.

Diharapkan semoga ukhwah yang terjalin berkekalan dan di bawah lindungan rahmat Ilahi hendaknya. Sedikit tambahan, dua minggu sekali hari Jumaat ada kelas belajar ilmu Tauhid di Musolla Al-Mergab ni untuk kaum ibu sahaja. Kelas ni sekali ngan ibu2 dari negara jiran kita, Indonesia. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan... Fisrt step for mother's activity ah ni...