ﷲ ﻏﺎﻴﺘﻨﺎ * ﺍﻠﺮﺴﻮﻞ ﻗﺪﻭﺗﻧﺎ * ﺍﻟﻘﺮﺍﻦ ﺪﺳﺘﻮﺮﻧﺎ * ﺍﻟﺠﻬﺎﺩ ﺳﺑﻴﻠﻨﺎ * ﺍﻠﻤﻮﺖ ﻓﻲ ﺳﺑﻴﻞﺍﷲ ﺍﺴﻤﻰ ﺍﻣﺎﻨﻴﻨﺎ
Friday, July 20, 2012
Ramadhan Yang Mulia
Sempena Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Ramadhan Kareem buat semua teman2 blog ku... Ku pohon kemaafan andai ada kesalahan dan kesilapan yang ku lakukan samada sengaja atau terlepas pandang...
Bersama kita manfaatkan bulan yang penuh dengan ganjaran dari Ilahi :)
Saturday, August 7, 2010
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Friday, July 24, 2009
Ahlan Ya Sya'ban Kareem
Bulan Sya’ban mendatangi kita setiap tahun untuk memberi kesempatan meningkatkan dan melipatgandakan berbagai amal kebaikan. Pada bulan inilah kaum muslimin memperbanyak amal ibadahnya seperti memberi sedekah dan hadiah, memperbanyak puasa sunat untuk melatih diri menghadapi puasa Ramadhan kelak.
Aisyah isteri Rasulullah SAW, menjelaskan bahawa selain Ramadhan, Nabi Muhammad SAW, selalu berpuasa pada bulan Sya’ban. Hadis yang diriwayatkan oleh Usmah bin Zaid : “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW, : Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya tidak pernah melihat engkau memperbanyak puasa sunnat mu pada bulan-bulan yang lain, seperti yang engkau lakukan pada bulan Sya’ban. Rasulullah SAW, menjawab kepadanya dengan mengatakan bahwa bulan Sya’ban adalah bulan yang terletak antara bulan bulan Rejab dan Ramadhan sering kali orang melupakan fadhilat dan keutamaan yang terkandung di dalamnya. Padahal bulan tersebut segala amal perbuatan selama satu tahun diangkat kehadapan Allah SWT. Dan inilah sebabnya kenapa saya banyak berpuasa sunat pada bulan tersebut, kerana ingin amal dan perbuatan saya diangkat kehadapan Allah SWT dalam keadaan saya berpuasa."
Hadis di atas kemudian diperkuat lagi oleh hadis riwayat Anas ra. "Orang muslim di zaman Rasulullah SAW, dan sahabatnya selalu meningkatkan bacaan Al-Quran setiap kali memasuki bulan Sya’ban, dan pada bulan Sya’ban jugalah mereka selalu membayar zakat mereka terhadap fakir miskin demi untuk membantu menghadapi bulan Ramadhan dengan jiwa yang tenang”.
Kedua hadis Rasulullah itu mengingatkan kaum muslimin menyambut bulan Sya’ban dengan melaksanakan perintah Allah SWT, dan melaksanakan perbuatan yang baik-baik. Bagi mereka yang mendapatkan rezki yang dilebihkan Allah jangan lupa menyisihkan sebagian rezki itu untuk bersedekah dan membayar zakat. Mudah-mudahan Allah SWT, dengan menunjukkan amal ikhlas seorang muslim sejati disisi Allah SWT, akan menurunkan rahmat yang berlimpah kepada manusia dan alam sekitar. Seperti rahmat kesihatan, rahmat kesempatan, rahmat Iman dan rahmat Islam seluruh alam.
Saturday, June 27, 2009
Ahlan Ya Rejab Kareem
Hari ini kelas fardhu ain untuk anak2 di Merqab berjalan seperti biasa. Tapi topik kali ni cukup ringkas namun ku harap ia dapat memberi peringatan dan perlumbaan dalam beribadah kepadaNya. Biarpun anak2 yang ku ajar, aku tetap berdoa semoga ilmu yang ku sampaikan ini dapat dipanjang2kan kepada ahli keluarga mereka dan yang paling utama ia sebagai peringatan kepada diri ku sendiri agar beroleh kekuatan untuk beramal dengan ilmu yang ada.
Bulan-bulan Islam...Anak2 lazimnya lebih mengetahui atau menghafal bulan masihi tetapi tidak bulan Islam. Dengan adanya dendangan nasyid dari kumpulan Alarm Me berkaitan dengan apa yang ku ajar ini dapat menyuntik semangat Islami kepada mereka. Tambahan pula Rejab sedang meniti kini.
Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat meningkatkan amalan di bulan mulia ini, sebagai persediaan kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak kelak".
Di bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad saw iaitu pada 27 Rejab. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual di mana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa dan sedekah jariah.
Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai
Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadhan menyucikan rohnya
Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya
Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadhan diganda 1000 pahala
Istighfar Rejab
Terdapat di dalam "Majmu' Syarif"



Friday, June 12, 2009
Ya Robbul Izzati ...
Ya Allah ampunkanlah diri kami kerana banyak mengingati dunia...
Tetapkanlah hati kami Ya Allah hanya untuk-Mu,
Moga redha-Mu melimpah dalam hidup kami sampai ke akhirat,
Amin Ya Robbal Alamin ....
Wednesday, September 10, 2008
Sebaik-baik Perhiasan Adalah Wanita Solehah
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
Monday, August 25, 2008
Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati". Nabi saw bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". Nabi saw bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Kismis
Nabi saww bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa". Nabi saw bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Madu
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran". Rasul saww bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Rasul saw bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Rasul saw bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Rasul saw bersabda: "Allah SWT telah meletakkan barakah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Rasul saww bersabda: "Lima perkara dapat menghilangkan lupa, menambah hafalan dan menghilangkan lendir iaitu bersiwak (menggosok gigi), puasa, membaca Al-Quran, meminum madu dan memakan luban". (Dari kitab Makarimul Akhlaq)
Friday, August 22, 2008
Ahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak
Ahlan! Ahlan! Ahlan!! Ya Allah... Tak terucap kalimah syukur, seandainya aku masih diberi ruang dan peluang untuk bertemu tetamu istimewa ini. Aku menghitung hari... Sehari demi sehari Sya'ban makin menarik diri. Sedia memberi ruang untuk Ramadhan menjenguk diri. Hari yang tidak menentu cuaca, bagai mempamer rasa debar menyambut tetamu ini. Namun sayang, bahang Ramadhan ini seakan tidak dirasai oleh umat, terutama di Malaysia ini. Aku berkata begitu kerana hangatnya suasana kemerdekaan kian membahang hingga menenggelamkan VVIP yang akan hadir ini.Bila disebut tentang Ramadhan, langsung terlintas akan Solat Sunat Taraweh, sahur, berbuka, tadarus Al-Quran, Nuzul Quran, Lailatul Qadar, Perang Badar, amalan sunat yang berlipat ganda pahala, doa-doa yang mudah dimakbulkan dan yang paling disukai ramai, Bazar Ramadhan... Jadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang terbaik dari tahun-tahun yang lalu. Seandainya Ramadhan lalu grednya hanyalah C, jadi tahun ini mesti dapatkan gred B atau lebih dari itu. Aku termenung sejenak, mengingati Ramadhan yang lepas. Terasa amat banyak lagi kekurangan yang perlu dipertingkatkan. Perlu dan wajib diperbaiki untuk diri aku dan keluargaku.
Sebagai mengakhiri coretan yang ringkas ini, sambutlah Ramadhan seolah inilah Ramadhan terakhir buat kita sebelum nyawa terpisah dari jasad. Sambutlah tetamu ini kerana ia satu anugerah teristimewa buat umat Nabi Muhammad S A W. Sambutlah kerana kita hambaNya...
RAMADHAN KAREEM! RAMADHAN KAREEM! RAMADHAN KAREEM!
Thursday, August 21, 2008
Jauh itu DEKAT!
Aktiviti seharianku berjalan seperti biasa...cume cuti sekolah ni bz sikit ngan iman... Kalau dia sekolah dia akan tido balik sekolah sebab dah penat tapi seminggu ni segar betul mata dia, susah nak suruh tido siang...
Ha ni ada bingkisan untuk para isteri yang sedang berjauhan dengan suami. Aku dapat ni dari majalah Anis tahun bila ntah. Renung-renungkan lah wahai sahabat-sahabatku :
salam terpisah senyum tertahan
rindu berbuah sayang merendang
jauh-jauh begini...
menguji percintaan
Suaramu telus di langit kelabu
setiamu selimut dingin hujanku
arca bayang-bayang malam
sinar remang-remang siang
melukis setiamu di awan gemawan
Terpisah semakin indah
kan terlarut keruhan rasa
terimbau semula nostalgia lama
jari-jari merahmu...
di malam pertama
Sayang...Jauh itu DEKAT!
Saturday, May 17, 2008
Doa Senjata Mukmin

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya,
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.... Ameen Ya Robb...

