Thursday, July 30, 2009

Teruskan Kegigihan Mu

Sebulan hubby tak bersosial ngan kawan2nya. Pergi kerje pukul 5.30 petang, balik kerja sampai rumah lebih kurang pukul 8.30 pagi. Kalau penat sangat, jamah sarapan sikit je, terus masuk tidur. Sian hubby...

Abang kuat semangat ya... Walaupun kami tak merasa kepenatan mu tapi kami selalu mendoakan mu. Nanti balik Malaysia abang pergi urut ya... dengan beli SLR tau! Hehehe...

Baru tadi hubby dapat bersama kawan2nya "ngeteh" di warung roti canai berdekatan airport tu...(aku pun dah pernah ke sana...hehehe) Siapa diaorang ni? Kawan seapartment kami juga iaitu Ncik Yus, Hussin, Faisal, K-Lot and Remboe. Baru ceria muka si dia :p

Friday, July 24, 2009

Ahlan Ya Sya'ban Kareem

“Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulannya umatku"

Bulan Sya’ban mendatangi kita setiap tahun untuk memberi kesempatan meningkatkan dan melipatgandakan berbagai amal kebaikan. Pada bulan inilah kaum muslimin memperbanyak amal ibadahnya seperti memberi sedekah dan hadiah, memperbanyak puasa sunat untuk melatih diri menghadapi puasa Ramadhan kelak.

Aisyah isteri Rasulullah SAW, menjelaskan bahawa selain Ramadhan, Nabi Muhammad SAW, selalu berpuasa pada bulan Sya’ban. Hadis yang diriwayatkan oleh Usmah bin Zaid : “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW, : Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya tidak pernah melihat engkau memperbanyak puasa sunnat mu pada bulan-bulan yang lain, seperti yang engkau lakukan pada bulan Sya’ban. Rasulullah SAW, menjawab kepadanya dengan mengatakan bahwa bulan Sya’ban adalah bulan yang terletak antara bulan bulan Rejab dan Ramadhan sering kali orang melupakan fadhilat dan keutamaan yang terkandung di dalamnya. Padahal bulan tersebut segala amal perbuatan selama satu tahun diangkat kehadapan Allah SWT. Dan inilah sebabnya kenapa saya banyak berpuasa sunat pada bulan tersebut, kerana ingin amal dan perbuatan saya diangkat kehadapan Allah SWT dalam keadaan saya berpuasa."

Hadis di atas kemudian diperkuat lagi oleh hadis riwayat Anas ra. "Orang muslim di zaman Rasulullah SAW, dan sahabatnya selalu meningkatkan bacaan Al-Quran setiap kali memasuki bulan Sya’ban, dan pada bulan Sya’ban jugalah mereka selalu membayar zakat mereka terhadap fakir miskin demi untuk membantu menghadapi bulan Ramadhan dengan jiwa yang tenang”.

Kedua hadis Rasulullah itu mengingatkan kaum muslimin menyambut bulan Sya’ban dengan melaksanakan perintah Allah SWT, dan melaksanakan perbuatan yang baik-baik. Bagi mereka yang mendapatkan rezki yang dilebihkan Allah jangan lupa menyisihkan sebagian rezki itu untuk bersedekah dan membayar zakat. Mudah-mudahan Allah SWT, dengan menunjukkan amal ikhlas seorang muslim sejati disisi Allah SWT, akan menurunkan rahmat yang berlimpah kepada manusia dan alam sekitar. Seperti rahmat kesihatan, rahmat kesempatan, rahmat Iman dan rahmat Islam seluruh alam.

Thursday, July 16, 2009

Shut Down Again

10 July - 10 August 2009 non-stop, my hubby involve in shut down operation again but this time not in his own train. Actually hubby dipinjamkan ke train lain yg sedang shut down. Maka bermulalah "pertapaan" kami tiga beranak di rumah sahaja. No more jalan2... Sampai Iman kata "Jom aaa bah... Gi jalan2..." Sian dia... Hehehe...Aku? Aku tak kisah... Dapat shopping ke FFc pun jadi lah... Kali ni hubby kene shift malam terus, so kalau ada barang dapur dah habis, siang tu boleh lah kami ke FFC or Carrefour.

Alhamdulillah hubby dapat shift malam... Sebab sekarang ni tengah summer. So, tak lah dia berpanas terik membanting tulang empat kerat mencari rezeki buat kami... Allah knows the best! Kalau waktu siang ada storm sand, sebab tu kene pakai mask macam dalam gambar tu...

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di A'rash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekir­anya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanl­ah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Se­kiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah­ tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya­ suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu...
Aku buta tanpa bimbinganMu...
Aku cacat tanpa hidayahMu...
Aku hina tanpa RahmatMu...

Ya Allah Ya Rabbul I'zzati...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa di hati

Amin, amin Ya Rabbal A'lamin..

Sunday, July 12, 2009

Dates n Wireless

Kalau di sana durian, di sini dates... Dua-dua mula dengan huruf "d" oklah tu... Buah kurma bagus untuk kesihatan dan banyak disebut di dalam al-Quran hadith. U all search je kat tenet ni, sure jumpe punya. So, minggu ni kami berpeluang memetik kurma fresh dari pokok dia. Kat mana? Mana lagi kalau tak tepi Corniche tu...hehehe... Cik abang kata pokok2 kurma ni memang wakaf, sesiapa boleh amik... Kira ni kami bernasib baik jumpa pokok yang belum diusik, kalau tidak sure next week dah takde dah diambil orang...

Yang ni jenis hijau... kalau masak warnanye kuning oren cerah...


Yang ni jenis merah... Ada yg dah masak, rasa dia mcm "Yusuf Taiyubbb!", kata hubby...


Yang ni anak siapa berguling2 mcm bintang bollywood ni?


Abah n Iman kutip buah "sawit" Qatar...

Sebelum ni internet rumah kitaorang share ngan jiran sebelah atas, tapi la ni dah tak yah dah... Cik abang dah wireless, abis satu rumah boleh tenet...dengan iPod nya, handphone nya, laptopnya semua boleh access! Tu yang aku dah boleh online selalu sebab masing2 dah ada sendiri punya. Cuma Iman je kadang2 kacau laptop aku...
aku nak amik gambo "benda putih" tu, Iman pulak sibuk...
cik abang punya desktop... "Buat keje" dalam bilik...privacyyy...
aku punya laptop... duk kat ruang tamu, sambil masak, sambil chatting... hehehe... jangan mareee...

Thursday, July 2, 2009

Sport n School

Last week we went to Al-Khor for abah main badminton with his friends. Kami ikut sebab macam dah lama tak ke sana. Sementara abah main, apa lagi si Iman n Amien berendam dalam swimming pool (tak sempat nak snap gambo sebab takde sapa nak amikkan) Past tu, dua orang ni main pulak kat playgroundnya... Actually tak dibenarkan snap gambar dalam club ni...Hehehe


Abah pandu kereta besar, Amien kereta walker sudahlah...


Dua orang yang kepenatan, sampai tido dlm kereta masa baliknya...

Hari yang lainnya, ada pre-school meeting di AKIS Infant School (sekolah Iman bulan 9 nanti) Program ni bukan ada apa pun, just nak kenal cikgu n mana kelas dia n kenal2 dengan kawan2 baru...Parents tak dibenarkan tengok, so aku sempat snap sikit je gambar Iman dalam kelas... Punya lah exited nak pergi sekolah sampai esoknya dia tanya, "Kenapa Iman tak sekolah hari ni, bu"... Sabo je lah...