Thursday, August 27, 2009

Hunting With Family

Kita seronok jika melihat orang yang kita kasihi gembira, ye tak? Tambah lagi aku pun suka tengok pictures yang cik abang snap guna kamera baru dia...Cantik lah... Subhanallah... Hari ni lepas pergi beli daging unta fresh, cik abang bawa kami ke Corniche... Snap gambar anak-anak dengan persekitaran... Jom layan pictures ni...

macam kat ladang sawit abah jer...

Yang ni pula pictures dalam rumah... Mudah2an apa2 yang Allah kurniakan kepada kami ini menjadi suatu yang baik dan diberkatiNya, Amin...

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Alfu salam pada semua sahabat pembaca blog kami. Hari ni 1 Ramadhan 1430 merupakan hari pertama umat Islam berpuasa dan juga pengalaman pertama aku berpuasa di Qatar. Kalau hubby tahun ni merupakan tahun kedua dia berpuasa di sini. Alhamdulillah rasa seronok and syahdu tu lain macam sikit walaupun tak semeriah di Malaysia tapi sedikit sebanyak aku dan sahabat2 di sini mampu mengimarahkan surau kami dengan Tarawikh. Kaum ibu pun nampak gaya masih ingin kekalkan dengan adab berjiran seperti di Malaysia iaitu bertukar juadah berbuka puasa...Bestnye...

Berkata Rasulullah s.a.w, "Bersahurlah kamu sesungguhnya dalam bersahur ada barakah". Minum segelas susu and sebiji kurma pun ok...jangan tak makan langsung!

Jangan lupa dalam bulan yang penuh barakah ini Allah telah sediakan malam istimewa yang telah diketahui umum iaitu Lailatulqadar. Berusahalah kita bersama untuk mendapatkannya.

Rasulullah s.aw telah bersabda, "Barangsiapa yang menghidupkan Lailatusqadar dengan keimanan dan kesungguhan baginya pengampunan di atas segala dosa2nya yang telah lalu".

Berpuasa di bumi padang pasir ni amat mencabar sekali bagi orang yang bekerja (hubby and kawan2nya lah) sebab kita pun sedia maklum makna Ramadhan tu ialah panas terik! memang pun sebab sekarang ni high impact musim summer yang mana selama ni aku tak pernah dengar tentang humidity. Kat sini dengan cuacanya yang panas ditambah lagi dengan humidity tinggi maka cik abang and kawan2nya kalau time bekerja di siang hari tu 15 minit kat luar dah kene masuk berteduh kat tempat berhawa dingin sebab nak cover balik air dalam badan yang hilang tu. kalau u all nak baca lebih lanjut, sila klik kat cerita Remboe ni. Ayat dia lagi best...hihihi... (minta jasa baik awak yer Remboe...share citer ni...)

Sempat pula kami sambar apa yang ada macam kat Malaysia...Jeng! Jeng! Jeng! Pernah dengar tak kolang-kaling (bahasa jawa), melayunya buah kabung...Isk rase cam duduk kat Malaysia jek....Nangka pun ada! Hehehe.....(Lepas gian ni....)


Di kesempatan ini juga kami memohon ampun dan maaf di atas segala salah silap, keterlanjuran kata atau perbuatan yang mana tak berkenan di hati sahabat2 sekalian. Moga ukhwah yang terjalin diberkati Nya selamanya. Maaf zahir & batin...

Wednesday, August 12, 2009

Test Power

Belum balik kampung lagi dah sambar SLR? Tak aci ni... Sebab cik abang yang keje teruk2 kan... Bagi change lah dia nak beli apa... Janji benda tu berguna untuk dunia dan akhirat...

My Lovely Husband... It's me...

Saje2 test power ni... Bagus juga abang ambil gambar pokok ni... Aku boleh cerita pasal pokok menghijau kat Qatar ni. Tak percaya ker? Bolehlah... Pokok boleh hidup dalam rumah di Qatar ni. Nak bagitahunya bagus tanam pokok dalam rumah selain ia mencantikkan pemandangan serta mennyuburkan jiwa, ia juga adalah makhluk Allah yang sentiasa berzikir. Tak rugi tanam pokok tau! Dan perlu diingat... Memandangkan ia makhluk Allah yang berzikir, kita dilarang meletakkan pokok hidup di dalam toilet. Kalau pokok plastik tu tak mengapalah...

Teka? Benar ke palsu...


Pokok cekur aku...


Dua orang yang rebutan PSP... Yang adik pun dah pandai...

Semoga Allah berkati keluarga kita serta harmoni selamanya hingga ke syurga... Amin :) Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua...

Tuesday, August 4, 2009

Buah-buahan Tempatan

Semalam balik dari kerja, hubby kata "jom pergi beli barang..." ingatkan nak pergi FFC tapi ke City Center rupanya. Dalam pada ambil keperluan basah (sayur-sayuran) hubby pergi ke bahagian buah-buahan dengan anak2... Nak tahu dia ambil apa? Jeng...jeng..jeng...Tara!!! Lepas rindu kat kampung lah ni (sian hubby ku....) Aku je yang macam kempunan durian... Waaaa!...

Rambutan segitu QR17... Longan QR18... Adusss...

Sejak dua minggu kebelakangan ni dan mungkin sejak hubby keje malam terus aku suka satu jek... Hubby bawa bekal pergi keje... Aku apa lagi, cam best jek masak padahal aku bukan pandai sangat masak pun... Kadang2 tu tak menjadi... Cuma suka kalau masak tu, habissss....

Kalau ada bunga kantan n daun kesum dalam asam pedas ni, mesti sedap kan bang?

Dah tak lama lagi nak sambut Ramadhan Al-Mubarak dan sekali gus dah tak lama lagi kami akan pulang ke kampung....Cepatnya masa berlalu....Kejap lagi dah nak balik kampung (aku suka part ni) tapi bermakna akan cepat juga kami kembali lagi ke sini (alamak! tu yang tak nak tu..... hehehe) Saje masukkan gambar2 kampung ni...Windu aaaaa.....


Bahagian tepi n jalan naik rumah mak abah (Felda Kledang, Kota Tinggi)



Iman n sepupunya (anak kakak aku...Mujahid & Mufarrid)



Kakak hubby ;
Kak Tom n Kak Minah n anak2 buah... (Kg Sg Alai, Panchor Muar)



Iman n Hisyam (anak buah hubby...anak buah akulah jugaks)