Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Ikhlaskan Diri Ku

:) sudah lama tak berblogging sejak ada FB ni... Kasihan blog kami... Hubby beberapa kali menyuruh aku masukkan entri baru... Alhamdulillah malam ni baru Allah beri kesempatan waktu untuk aku coretkan sedikit perkongsian ilmu untuk peringatan diri yang kerdil ini bersama-sama.

Bicara kali ini tentang keikhlasan... Perkataan yang mudah dan lembut untuk diucap, namun agak berat untuk dapat merasai serta merealisasikannya. Walaupun begitu hendak seribu daya, usaha ke arahnya pasti kita akan menggapainya.

Setelah sekian lama aku hidup di bumi Allah ini, barulah kebelakangan ini dapat aku rasakan apa itu erti keikhlasan... Seronok dan bersemangat untuk meneruskan hidup ini walau apa cabaran yang mendatang. Apa yang telah ditemui hanyalah apabila buang segala mazmumah, maka mahmudah akan datang mengganti tempat. Berfikiran positif juga amat menolong diri dalam mencari redhaNya Ya Rabbul Izzati...

Sering mendengar IKIM.FM juga amat membantu diri ini dalam mengejar kebahagian hidup di dunia samada dalam keluarga mahupun kerjaya apatah lagi untuk akhirat! Hiburan mendidik jiwa... banyak zikir2 dan alunan ayat al=Quran serta madah pujangga yang menginsafkan kita... Jom dengarkan IKIM.FM!

Sunday, October 24, 2010

Selamat pergi, di sana dan pulang ke pangkuan kami!


Hari ni suami tercinta, ayahnda bonda dan nenda tersayang telah terbang ke destinasi masing2... Sehingga kini aku belum dapat menghubungi suamiku. Aduuuh... apakah dia selamat sampai di Pusan, Korea? Bersama beg2 barangnya yang tak bermangga itu? Aduuhai tak senang duduk aku dibuatnya. Manalah suamiku tak muncul2.....Waaa...

Ya Allah hanya padaMu aku menyembah dan hanya padaMu aku memohon pertolongan. Engkau bantulah permudahkan segala urusan suamiku di sana, selamatkan ia dari segala perkara2 yang tidak diingini dan seronokkan dia dalam menjalankan amanah kerjanya di sana. Engkau Maha Mengetahui apa yang ada dalam hatiku, Engkau berilah aku petunjuk agar tenteram dan tenang aku di sini dan bahagia dia di sana. Amin...Amin ya Rabbal A'lamin...

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa egonya.

Wahai suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANnya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh suami kerana satu hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Wednesday, September 29, 2010

Kullu A'm Wa Antum Bi Khair

Alfu salam buat teman2 blogger. Lama tak nengok ke blog ni n blog kengkawan, hari ni baru berkesempatan berbuat demikian. Seronok baca entry memasing yg rata masih berkisar tentang Syawal kali ini. Aku pun tak nak ketinggalan utk menaikturun gambo2 raya yg telah diedit oleh ncik hubby aku.

Kepada kengkawan sekalian, walaupun aku tak buat open house namun rumah kami sentiasa terbuka utk menerima kunjungan kalian bebila jek. Dah habis raya pun boleh, kan ziarah tu membawa berkat.

Ahlan Wa Sahlan Ila Baitina Fi Taman Scientex Heliconia, Pasir Gudang...

Rumah Kledang, Kota Tinggi

Rumah Panchor, Muar

Rumah Atok Sarah, Prt Simpang Sikon, Batu bahat

Thursday, July 1, 2010

New Life New Pics

Assalamuálaikum sahabat blogger sekalian. Tak tahu nak taip apa, tapi apa yang pasti aku masih hidup... hidup bahagia bersama anugerah Allah yang tak terhitung nilainya. Aku bersyukur padamu Ya Allah Yang Maha Pemberi.

Sunday, April 11, 2010

Aktif Semula Hikhikhik

Lama tak berblogging... Maklumlah sibuk ngan karier (kononnya)...hikhikhik tapi lepas ni aku akan aktif semla berblogging sebab cik abang dah duk sama... lagi sebab aku akan menjawat semula jawatan aku yg kat qatar dulu iaitulah fully housewife (agaknyalah....hehehe)...

Apa yang nak disahrekan kali ni ialah walaupun ke mana kita gi, redha suami tu penting... bukabkah syurga di tapak kaki suami...hikhikhik... Banyak perkara yg aku belajar setelah nak masuk 6 tahun berumahtangga ni... Kesimpulannya alhamdulillah seronok bila ada orang yang menyayangi diri ini dan moga Allah kekalkan kebahagiaan ini hingga ke syurga.

Time ni merupakan saat2 terakhir aku akan meningalkan SRIH tempat aku menimba dan mencurah ilmu. Sayang tapi nak buat mcmn... Kita hanya mmapu merancang, peranangan Allah jua mengatasi segala. He knows the best tu us... Itu yg selalu aku pegang... Dia nak uji ke, dia nak tarik nikmat ke, semua adalah kehendakNya. Kita hanya perlu tabah, sabar dan redha di atas qada' dan qadarnya...

Tuesday, December 29, 2009

Masih Ting Tong

Sudah dua minggu kehidupan kami berlalu tanpa yang tercinta disisi. Apa yang boleh ku katakan itulah seperti yang ditulis di atas itu. Masih kelam kabut, pening2 lalat dan ketidakstabilan yang melanda diriku. Anak2 juga seakan mengerti dan merasa bahawa mereka juga kehilangan belaian seorang abah untuk sementara ini.

Menyorot kembali kisah hidupku nan lalu, memanglah aku pernah PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) selepas nikah dahulu sehingga Iman berumur 8 bulan, barulah kehidupan kami saling lengkap melengkapi. Tapi itu dulu... Nak memulakan "PJJ" kali kedua amatlah perit dan payah untuk ditempuh dengan anak yg dua orang ini. Dengan si abang yang petah berkata dan berfikir, acap kali juga dia bertanya, "Bila abah nak balik Mesia, bu?"... Aku hanya mampu memujuk dengan menyuruhnya berdoa untuk si abah.

Cerita selanjutnya tentang aku. Kini aku akan bergelar cikgu kembali apabila lamaran ku diterima di Sekolah Rendah Islam Hidayah. InsyaAllah aku mendapat mandat untuk mengurus dan memantau Kelas 3 Ibnu Majah dan Mentor kepada 4 Umar al-Khatab (Banat). Sesungguhnya aku memang teruja dengan suasana damai "iklim" guru dan "iklim" sekolahnya. Mudah2an apa yang ku cari ada di sini dan dapat aku teruskan cita-citaku di sini... Allahu Akbar!