Showing posts with label Sekitar Doha. Show all posts
Showing posts with label Sekitar Doha. Show all posts

Friday, September 4, 2009

Malaysian Ramadhan Bazaar

Hari ni kami berkunjung ke Bazar Ramadhan macam di Malaysia... Tapi tak lah semeriah di Malaysia... Saje je meninjau2 kuih n makanan made from Malayasia, tapi apam balik aku tak jumpe aaa... Event ni anjuran MAQ bertempat di Food Court Hayatt Plaza... Merasalah juga bazar Ramadhan di Qatar ni...hehehe...


Harga kuih paling murah QR7...isk isk isk... Patutlah hubby kata orang pempuan kat sini kene pandai buat kuih... InsyaAllah bang... Lepas balik mesia nanti, ifa azam nak buat kuih pulak (kene beli periuk kukus ah past ni...) Menjahit aku dah suka buat...ni nak suka buat kuih pulak! Aku memang suka, cuma semangat jek tak kuat lagi... Sian cik abang aku... Patut ah badannya tak gemuk2...slim jek... Maap ye bang :p

Thursday, August 27, 2009

Hunting With Family

Kita seronok jika melihat orang yang kita kasihi gembira, ye tak? Tambah lagi aku pun suka tengok pictures yang cik abang snap guna kamera baru dia...Cantik lah... Subhanallah... Hari ni lepas pergi beli daging unta fresh, cik abang bawa kami ke Corniche... Snap gambar anak-anak dengan persekitaran... Jom layan pictures ni...

macam kat ladang sawit abah jer...

Yang ni pula pictures dalam rumah... Mudah2an apa2 yang Allah kurniakan kepada kami ini menjadi suatu yang baik dan diberkatiNya, Amin...

Tuesday, June 23, 2009

City Center n Sealine

Setelah 4 hari kerja, seterusnya 4 hari cuti... Tak ke mana pun sebenarnya, tapi apabila hubby ajak keluar rumah itu satu rahmat buat kami setelah 4 hari "bekerja" juga di dalam rumah. Kesempatan off 4 days kami gunakan sebaiknya untuk keluarga n kawan2. Sehari tu kami bershopping window kat City Center jer. Yang lainnya kali ni kami berkesempatan menjamu selera di Noodle House... Char Kew Tiau pun ada! Tapi menang lagi yang Paka punya!


Esoknya kami berkelah pulak... Sealine lagiiii... Hehehe... Tetengah panas tapi tak lah panas sangat pun sebab kami pergi waktu petang. Ok lah tak berapa sangat bahangnya, tapi bahanglah juga... Sampai ada ''orang tu" tak bawak baju pun terikut berendam sama :p


Sambil-sambil update blog ni, aku buka lah website NasyidFM... Buat halwa telinga... Agar tidak lalai dari mengingatiNya... Jom ah dengar sekali! NasyidFm Bestttt!!!...

Sunday, May 10, 2009

Souk Waqif - Pets

Minggu lepas gi Souk Waqif. Nak beli scooter Iman. Anak2 jiran kat sini semua main scooter, dia pun nak juga, main petang2 riadah... Kali ni hubby bawa kami lalu bahagian kedai2 jual pets. Subhanallah...Macam2 pets ada...Seronok tengok! Iman Amien pun suka...


p/s: camne gambar abah tak de ni? Hehehe...sorry...

Friday, May 1, 2009

i-Park Corniche

Lama tak update blog ni. Orang lain pun Allah bagi 24 jam sehari juga tapi aku rasa 24 jam tu macam tak cukup je. Yelah dengan kerja rumah lagi, kerja ngan suami lagi, kerja ngan anak lagi, kerja ngan anak2 jiran lagi...lagi tu aku ada hati nak cari keje office (school) hehehe...

Untuk pengetahuan sahabat2, sekarang ni dah masuk musim panas kat Qatar ni. So takdelah aktiviti berkelana ke berpicnic lagi untuk sementara waktu ni. Tapi sempat lagi kami bersantai kat Corniche n kali ni dekat ngan i-Park Corniche (kawasan yang ada wireless). Pulak tu masa kami sampai rupanya ada persiapan untuk Formula-1. Punyalah besar bot2 dia...Subhanallah...

And news family kami is Amien dah dapat kaki! Sekembalinya kami dari umrah dan ziarah tuhari, n genap Amien setahun sebulan dia dah pandai bertatih n berjalan (lari lum lagi...)


Namun, Malaysia tetap kami rindui...waaa...nak balik kampung!