Showing posts with label Permata Hati Kami. Show all posts
Showing posts with label Permata Hati Kami. Show all posts

Saturday, December 19, 2009

Minggu Pertama Ketiadaan Abah

Salam pada teman2 pembaca blog kami... Maaf dah agak lama blog ini terabai, bukan niat dihati mahu mengabaikan cuma tuntutan harian yang perlu didahulukan. Hmm masuk hari ni dah 3 hari abah ImanAmien meninggalkan kami pergi mencari rezeki di bumi Doha.

Sehari selepas abah ImanAmien bertolak tuhari, si Amien dah start demam n batuk2...Hari ni pulak si Iman demam, bangun tido petang tadi badan dia panas n muntah susu. Hai demam rindu kat abah dia ke budak2 ni... Kelmarin mak pesan, kain pelekat abah ImanAmien jangan dibasuh, selimutkan budak2 ni...

Semoga kejauhan ini akan menambahkan lagi kasih sayang di antara kami. Betapa berharganya nilai seorang suami di sisi isteri dan betapa perlunya seorang abah di sisi anak2. Terharu bila aku terima emel dari hubby...

Tak palah baru abang tahu yang rindu nie boleh buat kita lagi ingat kat Allah ...

Betapa agungnya Allah itu ... bila DIA melahirkan perasaan ini ...

Kita akan benar-benar menghargai orang yang selalu hampir ngan kita.

Kita doa selalu dan banyak-banyak moga Allah mudahkan dan lorongkan jalan ...

Insya Allah rezeki Allah itu pasti dan abang yakin ia akan sampai waktunya nanti.
Cuma kena sabar je lah untuk waktu itu tiba.


InsyaAllah abang, doamu selalu mengiringi kami, namun tak sama bila dirimu ada disisi... Aku bagaikan kehilangan sayap dan tiada semangat namun aku gagahkan juga mana yang dapat. Allahu Akbar!

Monday, September 7, 2009

Reception, AKIS vs Tadika Kemas, Tunggal

Hari ni hari pertama iman ke sekolah... bersemangat sungguh dia... suka sangat dapat naik bas gi sekolah... kalau ikut aku nak je gi antar iman sampai sekolah maklumlah hari pertama... tapi memandangkan hubby kene keje malam n sebab dia tak tido lg dari malam tadi hingga ke subuh, maka aku batalkan aje niatku ini. Hubby pun janji kalau dia off dia nak gaks antar n amik iman dari sekolah...

Iman aku kejutkan dia pukul 5.10 am... mandi, sarapan n siap2 turun kat gate, bas dah sedia menanti. Perjalanan dr rumah ke sekolah iman lebih kurang 45 - 60 minit... sebab kami di doha, sekolahnya di comunity rasgas nu... siapa2 yg dah lama keje sini, derang dah duduk kat comunity tu... kami lum pindah ke situ lg... ntah sempat ntah tak hihihi... Pukul 6 bas dah jalan... kelas iman start at 7.15 until 9.30 am... Ntah ape lah yg dia belajar 2 jam tu... ade ke sekolah 2 jam aje... tak logik betul!

Memang betullah pepatah tu kata, hujan emas di negara orang... sekolah kat mesia juga yang bagus... dah lah AKIS ni British yg punya, maka takdelah doa makan, zikir munajat sebelum mula kelas macam kat Tadika Kemas, Tunggal (iman pernah sekolah kat situ 2 bulan)... Itulah perbezaan yang menakutkan yang membuatkan kami tak betah duduk di sini...hihihi... Satu lagi di hari pertama iman di sekolah, balik tu iman cerita dia kencing berdiri (ada tempat lelaki berdiri tu...) sabo je lah aku... aku tak pernah ajar dia kencing berdiri. Kan Islam pun tak galakkan kita kencing berdiri n dari segi kesihatan juga ia tidak baik untuk zakar lelaki.

kasih ibu... bawa bekal mee goreng, air mineral, air kotak strawberi n biskut


kasih seorang bapa... sampai terlelap nunggu iman bersiap!


adik amien pun dah bangun, ikut hantar abang naik bas


cewahhh... iman dengan tak sabar2nya nak g ke bas

man, jangan duduk belakang sangat! abah suh duk tengah hihihi


tengok ah tu...suka naik bas...ha ok duduk tengah he...

what he done on first day school...

Moga terus bersemangat menimba ilmu walau di mana kita berada... Jadilah anak yang soleh dan bijak! Moga ibu pun akan dapat kembali bertugas di sekolah suatu hari nanti...Amin ya rabbal a'lamin... Bestnyerrr sekolah!

Thursday, July 2, 2009

Sport n School

Last week we went to Al-Khor for abah main badminton with his friends. Kami ikut sebab macam dah lama tak ke sana. Sementara abah main, apa lagi si Iman n Amien berendam dalam swimming pool (tak sempat nak snap gambo sebab takde sapa nak amikkan) Past tu, dua orang ni main pulak kat playgroundnya... Actually tak dibenarkan snap gambar dalam club ni...Hehehe


Abah pandu kereta besar, Amien kereta walker sudahlah...


Dua orang yang kepenatan, sampai tido dlm kereta masa baliknya...

Hari yang lainnya, ada pre-school meeting di AKIS Infant School (sekolah Iman bulan 9 nanti) Program ni bukan ada apa pun, just nak kenal cikgu n mana kelas dia n kenal2 dengan kawan2 baru...Parents tak dibenarkan tengok, so aku sempat snap sikit je gambar Iman dalam kelas... Punya lah exited nak pergi sekolah sampai esoknya dia tanya, "Kenapa Iman tak sekolah hari ni, bu"... Sabo je lah...

Monday, June 1, 2009

Like Sons Like...

Anak abah ke anak ibu? Yang pastinya dua-dua anak kami...
Ya Allah jadikanlah kami dan zurait keturunan kami suatu ikutan yang baik (menjadi contoh yang baik) Amin...



Ertinya: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri/suami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa." (QS. Al-Furqân: 74)

Ni anak sape plak ni? Hehehehe...

Monday, March 16, 2009

16 March 2008 - HAPPY BIRTHDAY AMIEN

Semoga jadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan Rasul... Rajin mengaji dan seronok belajar, hormat orang tua dan sayang yang lebih muda, dengar cakap ibu dan abah... Dah besar nanti jadi doktor ya, min... Barakallahu fika ya bunaiya mahbub :)

Dah setahun dan amien hari ni... Bila nak jalan ni dik?

Sunday, March 1, 2009

Like Son Like Father

7. Dapat gi mancing kat Rumah Rakit Teluk Sengat Kota Tinggi ngan keluarga2 sebelah abang ...vs... aku ngan Amien tak dapat nak join. InsyaAllah next time kami ikut ya sbb mase tu Amien cam tak berapa sihat.


8. Dapat tengok Iman tolong atok abah siram sawit n tolong atok mak tanam sayur ...vs... Amien bile pulak? Jalan pun belum... Bilenye ni dik? Hehehe...


9. Dapat langsaikan hutang rumah yang kat Pasir Gudang sikit ...vs... nak jual Accent kat adik tapi tak boleh lagi sbb dia dapat loan rendah sangat. So takpelah, ko jagakan dulu ah kete kami tu.

10. Kami bertiga dapat urut badan ...vs... sian abang, tak terurut2 lagi badannya. Dah lah penat kerja cari rezeki untuk kami. Jazakallahu khairan kathira abang... Thank you Allah!

Alhamdulillah sepuluh hajat yang dapat ditunaikan masa kami balik Malaysia selama 26 hari tu... Rase tak puas, sekejap je dah kene balik Qatar... Huhuhu... InsyaAllah ade rezeki, kami balik lagi ya mak abah... Doakan kesejahteraan kami di sini dunia dan akhirat.

Saturday, August 9, 2008

Permata Hati Kami

Bismillahir Rahmanir Rahim

Kali ni nak showkan gambar2 permata hati kami yang baru dua orang ni. Alhamdulillah nasib baik gambo2 iman dalam desktop yg rosak tu dpt diselamatkan. Cuba korang comparekan wajah diaorang berdua ni...
Umur masing-masing baru dalam seminggu...


Iman ; 23 Februari 2005 Amien ; 16 Mac 2008

Muhammad Hafidzul Iman : Yang Terpuji, Yang Dipelihara Iman
Semoga imannya dan iman kami sekeluarga dipelihara oleh Allah s.w.t.
Muhammad Hafidzul Amien : Yang terpuji, Yang Dipelihara Jujur
Semoga kejujurannya dan kami sekeluarga dipelihara oleh Allah s.w.t.
Al-Amien juga merupakan gelaran kepada Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda masih remaja. Ingat lagi tak kenapa baginda digelar Al-Amien?

Yang ni usia dalam 1 bulan...









Iman membesar di rumah quarter MARSAH, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Amien membesar kat rumah Kemasik, Kemaman, Terengganu, Malaysia

Yang ni usia dalam 2 bulan...








Sama-sama montel and tembam pipinya. Semua orang suka pipi depa...
Yang ni usia dalam 3 bulan...


Waktu ni lah Amien, Iman and Ibu kene tinggal Abah gi kerja kat Ras Laffan, Qatar. InsyaAllah ada rezeki, umur panjang kami akan bermastautin ke sana juga. Amin...

Yang ni usia 4 bulan...

TO BE CONTINUE