Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Monday, March 22, 2010

Happy Birthday Ya Amien

16 Mac 2010 - Sanah Hilwah buat anaknda tercinta Muhammad Hafidzul Amien yang ke dua tahun... Lambat plak entry kali ni sebab ibu bz sokmo hehehe... Moga dirimu sentiasa dibawah lindungan rahmat dan kasih sayangNya selalu... Jadi anak soleh dan bijak!

Bila Amien nak berenti "nenen" ibu ni? Dah lah tak nak hisap botol, cam susah jer nak sapihkan dia ni... Any ideas?

Thursday, February 25, 2010

Happy Birthday Ya Iman



23 Feb 2010 - Birthday Muhammad Hafidzul Iman bin Mohd Sabar. Anak sulung ku dah besar rupanya, dah lima tahun...Alhamdulillah dalam umurnya lima tahun ini dia sudah pandai membaca Iqra' 5, Buku Anakku 8, Read Easy 5 dan Bacalah Jawi 5. Seronok tengok perkembangannya dan tak kurang juga penat aku melayan karenahnya...Allahu akbar! Semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk hati ibu dan abah, ya... Amin Ya Rabbal A'lamin.

Dalam pada itu, malam ni aku dapat lagu gambo2 terkini aktiviti suamiku di sana. U all Layanlah ya...


Expo ni telah diadakan di kawasan yang selalu aku n family berkelah...mmm apa nama ya... ha! Sealine... Best2!! Hanya tinggal kenangan, Doha dalam kenangan! Terima kasih abang kerana memberi peluang aku melihat dunia! Thank you Allah!

Thursday, February 11, 2010

Sanah Hilwah Ya Hubby

Semoga dipanjangkan usia dalam kebaikan dan dimurahkan rezeki di mana jua dikau berada. Moga amalan seiring usiamu!


DOA UTK SUAMIKU...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekir­anya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanl­ah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Se­kiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah­ tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya­ suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekir­anya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurn­iakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaa­nya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sek­iranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbingla­h aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Sunday, January 24, 2010

Sanah Hilwah 2010


Tak bestlah... Tahun ni my birthday tiada hubby di sisi. Tapi sangat teruja bila dalam lena aku dikejutkan dek sms hubby yg meng"wish" aku di malam hari. Kalau hubby ada mesti dia bawak aku candle light dinner...or paling tidak mesti jalan2 window shopping... Hmmm...nak gi jugak ah! Abah, ibu gi Angsana ngan Mydin jap lagi ngan Is, ya?

Semoga bertambah usia ini akan lebih mengingatkan aku kepada mati. Umur yang dipinjamkanNya semakin berkurang. Bersediakah aku?

Tuesday, December 1, 2009

La Tahzan Wa La Takhouf

Banyak kenangan yang akan ku bawa dari bumi bertuah ini. Suka duka bersama teman2 akan tersemat terus di memori ku... Jangan ditangisi pemergianku, tetapi iringilah ia dengan doa dan harapan...

Untuk Yang Tersayang, jangan nakal2 semasa ketiadaanku di sisi mu... Sementara itu, tangan ini tidak lagi mendapat pahala mengejutmu Subuh, mengingatmu Jumaat, tiada lagi pahala untuk tangan ini memasak makananmu, tiada lagi pahala tangan ini menggosok pakaianmu, tiada lagi pahala untuk tangan ini mengurus rumahmu... Tiada lagi pahala tangan ini mengurut tubuhmu... Sesungguhnya pemergianku hanyalah untuk memperbaiki segala kelemahan diri, moga dapat ku mendekatkan diri yang kerdil ini dengan Rabbnya melalui redhamu... Wahai suamiku, segala pengorbanan dan budi baikmu terhadapku hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Aku hanyalah insan biasa yang tidak mampu berbuat apa... "Aku tidak tegar meninggalkannya, Pak..." Tetapi aku hanya menurut... Apalah erti cita-cita tanpa cinta di sisi... Selamat tinggal Yang Dikasihi kerana Allah...

Tuesday, September 15, 2009

Kullu A'm Wa Antum BI Khair

Lagi tiga hari... Alhamdulillah tak sabar nak naik flight... InsyaAllah 18hb ni pukul 1.30 am kami akan terbang guna Qatar Airways n landing di Singapura. Sebab dekat nak balik Kota Tinggi... InsyaAllah pukul 3-4 ptg sampai lah JB or kata hubby nak try naik ferry ke Belungkur... Uiiii itu lagi dekat ngan rumah mak... Best... Best...

Sempat lagi kami meng"hunting" ikut hubby... Past ni pictures raya lah pulak ;)


Dikesempatan ini kami juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Minal Aidin Wal Faizin serta kami memohon ampun dan maaf atas segala salah silap kami terhadap sahabat-sahabat sekalian. Jumpe di Malaysia! Sila klik gambar ini... Ikhlas dari kami....

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Alfu salam pada semua sahabat pembaca blog kami. Hari ni 1 Ramadhan 1430 merupakan hari pertama umat Islam berpuasa dan juga pengalaman pertama aku berpuasa di Qatar. Kalau hubby tahun ni merupakan tahun kedua dia berpuasa di sini. Alhamdulillah rasa seronok and syahdu tu lain macam sikit walaupun tak semeriah di Malaysia tapi sedikit sebanyak aku dan sahabat2 di sini mampu mengimarahkan surau kami dengan Tarawikh. Kaum ibu pun nampak gaya masih ingin kekalkan dengan adab berjiran seperti di Malaysia iaitu bertukar juadah berbuka puasa...Bestnye...

Berkata Rasulullah s.a.w, "Bersahurlah kamu sesungguhnya dalam bersahur ada barakah". Minum segelas susu and sebiji kurma pun ok...jangan tak makan langsung!

Jangan lupa dalam bulan yang penuh barakah ini Allah telah sediakan malam istimewa yang telah diketahui umum iaitu Lailatulqadar. Berusahalah kita bersama untuk mendapatkannya.

Rasulullah s.aw telah bersabda, "Barangsiapa yang menghidupkan Lailatusqadar dengan keimanan dan kesungguhan baginya pengampunan di atas segala dosa2nya yang telah lalu".

Berpuasa di bumi padang pasir ni amat mencabar sekali bagi orang yang bekerja (hubby and kawan2nya lah) sebab kita pun sedia maklum makna Ramadhan tu ialah panas terik! memang pun sebab sekarang ni high impact musim summer yang mana selama ni aku tak pernah dengar tentang humidity. Kat sini dengan cuacanya yang panas ditambah lagi dengan humidity tinggi maka cik abang and kawan2nya kalau time bekerja di siang hari tu 15 minit kat luar dah kene masuk berteduh kat tempat berhawa dingin sebab nak cover balik air dalam badan yang hilang tu. kalau u all nak baca lebih lanjut, sila klik kat cerita Remboe ni. Ayat dia lagi best...hihihi... (minta jasa baik awak yer Remboe...share citer ni...)

Sempat pula kami sambar apa yang ada macam kat Malaysia...Jeng! Jeng! Jeng! Pernah dengar tak kolang-kaling (bahasa jawa), melayunya buah kabung...Isk rase cam duduk kat Malaysia jek....Nangka pun ada! Hehehe.....(Lepas gian ni....)


Di kesempatan ini juga kami memohon ampun dan maaf di atas segala salah silap, keterlanjuran kata atau perbuatan yang mana tak berkenan di hati sahabat2 sekalian. Moga ukhwah yang terjalin diberkati Nya selamanya. Maaf zahir & batin...

Saturday, May 30, 2009

Happy Anniversary

Seronoknyeee abang dapat cuti di hari yang penuh bermakna ini... Itulah hadiah darinya untukku (walaupun dia tak kata) yang lebih berharga dari yang lain. Bukan apa, sebab kasihkan hubby kene keje dah 2 minggu straight non-stop...Tup-tup dapat plak dia cuti...Kene dengan tarikh hari ni plak tu...

Happy Anniversary yang kelima tahun to us... Hadiah untuk sang suami tercinta kerana Allah :)

Menyingkap tabir rahasia
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Apalagi secantik Zulaikha

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi Solehah...
Mengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya

Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Mengisyafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dari redha Allah SWT
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana...

Sesungguhnya aku menyintaimu kerana Allah :)

Tuesday, February 24, 2009

23 February 2005 - HAPPY BIRTHDAY IMAN

Semoga jadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan Rasul... Rajin mengaji dan seronok belajar, hormat orang tua dan sayang yang lebih muda, dengar cakap ibu dan abah... Dah besar nanti jadi doktor ya, man... Barakallahu fika ya bunaiya mahbub :)

Thursday, February 12, 2009

11 February 1979 - HAPPY BIRTHDAY MR.SABAR

Tuhari aku cuma dapat tulis title ni je sbb guna wifi kat Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis. Plak tu guna handphone nokia yg touch screen jer, tu yg takleh nak taip entrinya. Aku nak dapat tarikhnya tp terlepas jugak sbb minggu tu bz gi jenjalan kat Langkawi sampai terlepas tarikh birthday hubby aku. Masa aku tulis entri ni pun guna wireless kat Dubai Airport, transit sini sebelum meneruskan penerbangan ke Doha jam 8.25 am jap lagi.

"Selamat Hari Lahir, Abang..Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dlm kebaikan... Barakallahu fika daiman wa masrurun jiddan ma'a usratika..."


Monday, December 8, 2008

Raya Di Perantauan

Salam Lebaran Aidul Adha buat semua teman2 seperblogging...hehehe

Sunday, May 11, 2008

Testing...Testing...123...Testing...Testing


Bak kata hubby...Si Iman pun pandai tiru ape abah dia kata "testing! testing! 123 testing! testing!