Saturday, June 27, 2009

Ahlan Ya Rejab Kareem

Hari ini kelas fardhu ain untuk anak2 di Merqab berjalan seperti biasa. Tapi topik kali ni cukup ringkas namun ku harap ia dapat memberi peringatan dan perlumbaan dalam beribadah kepadaNya. Biarpun anak2 yang ku ajar, aku tetap berdoa semoga ilmu yang ku sampaikan ini dapat dipanjang2kan kepada ahli keluarga mereka dan yang paling utama ia sebagai peringatan kepada diri ku sendiri agar beroleh kekuatan untuk beramal dengan ilmu yang ada.

Bulan-bulan Islam...Anak2 lazimnya lebih mengetahui atau menghafal bulan masihi tetapi tidak bulan Islam. Dengan adanya dendangan nasyid dari kumpulan Alarm Me berkaitan dengan apa yang ku ajar ini dapat menyuntik semangat Islami kepada mereka. Tambahan pula
Rejab sedang meniti kini.

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat meningkatkan amalan di bulan mulia ini, sebagai persediaan kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak kelak".


Di bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad saw iaitu pada 27 Rejab. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual di mana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa dan sedekah jariah.


Rejab bulan menabur benih

Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai


Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadhan menyucikan rohnya


Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan


Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya


Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadhan diganda 1000 pahala


Istighfar Rejab

Terdapat di dalam "Majmu' Syarif"


Tuesday, June 23, 2009

City Center n Sealine

Setelah 4 hari kerja, seterusnya 4 hari cuti... Tak ke mana pun sebenarnya, tapi apabila hubby ajak keluar rumah itu satu rahmat buat kami setelah 4 hari "bekerja" juga di dalam rumah. Kesempatan off 4 days kami gunakan sebaiknya untuk keluarga n kawan2. Sehari tu kami bershopping window kat City Center jer. Yang lainnya kali ni kami berkesempatan menjamu selera di Noodle House... Char Kew Tiau pun ada! Tapi menang lagi yang Paka punya!


Esoknya kami berkelah pulak... Sealine lagiiii... Hehehe... Tetengah panas tapi tak lah panas sangat pun sebab kami pergi waktu petang. Ok lah tak berapa sangat bahangnya, tapi bahanglah juga... Sampai ada ''orang tu" tak bawak baju pun terikut berendam sama :p


Sambil-sambil update blog ni, aku buka lah website NasyidFM... Buat halwa telinga... Agar tidak lalai dari mengingatiNya... Jom ah dengar sekali! NasyidFm Bestttt!!!...

Friday, June 12, 2009

Ya Robbul Izzati ...

video

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami kerana kurang mengingati-Mu,
Ya Allah ampunkanlah diri kami kerana banyak mengingati dunia...
Tetapkanlah hati kami Ya Allah hanya untuk-Mu,
Moga redha-Mu melimpah dalam hidup kami sampai ke akhirat,
Amin Ya Robbal Alamin ....

-Nukilan Hati Dari Hambamu-

Monday, June 8, 2009

Like crabing but not...

It is we call "kepah"... Look likes kerang... Sedappp! Ha ni hubby gi tamkap "kepah" dengan kawan2nya. Kaum ibu tak sertai pun, lagi pula ini bukan sembarang orang boleh join...hehehe...

Nak ke tempat menangkap kepah tu kene lalui cerun2 curam like this...Teruja! kata hubby...



First time hubby ber"sand dunes"...


Inilah masakan hasil tangan kaum bapa... Ingat juga hubby pada kami yang di rumah, dapat lah rasa kepah ni...


InsyaAllah lepas summer ni kita pergi crabbing ya... Lama tak makan ketammm... Nyum! Nyum! Nyum... Beginilah rasa hujan emas di negara orang... Hujan batu juga yang best!...

Monday, June 1, 2009

Like Sons Like...

Anak abah ke anak ibu? Yang pastinya dua-dua anak kami...
Ya Allah jadikanlah kami dan zurait keturunan kami suatu ikutan yang baik (menjadi contoh yang baik) Amin...



Ertinya: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri/suami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa." (QS. Al-Furqân: 74)

Ni anak sape plak ni? Hehehehe...