

Sambung citer raya lagi ya. Pagi raya kedua lepas subuh terus bertolak ke kampung hubby, nak kejar baraan (marhaban) kampung. Alhamdulillah sempat... Semua adik beradik hubby dapat kumpul n kami buat kenduri makan udang lagi! Alhamdulillah ikatan persaudaraan kami semakin kukuh dan mantopp...


Ni gambo anak2 buah main bunga api lagi... Ape taknye ramai yang sponsor bunga api n mercun...


Raya ketiga ke rumah Atok Sarah Prt Simpang Sikon, tempat "kawan" Amien ditanam di sana. Wahh patutlah kerasan kat umah atok... Terus raya keempat ke rumah Cik Temi n Cik Surti, T-Nam Kluang.


Raya kelima ke rumah Long di Lok Heng, rumah atuk di Sepak Hilir n embah di Temenin Lama. Siap panjat pokok duku n mandi sungai...

Raya keenam abah Iman n Cik Is gi mancing dgn abang2nya Bari n Long... Iman nak ikut juga tp dia tak sihat, so menangis lah kene tinggal...

Raya ketujuh adik mak, Cik Julie sefamily dtg beraya ke rumah, aku plak nak ke pasir gudang, rumah Abang Isa. Sempatlah salam2 kejap...

Raya kelapan kami berpicnic sambil menikmati durian (nasib baik adeee... lagi buah durian) di Batu Layar Beach Resort, Teluk Ramunia... Anak2 je mandi, suka sangat dua org tu jumpa laut!


Raya kesembilan kami ke rumah sewa Is pulangkan kereta. Sempat juga lah ke McD layankan anak2 n adik2...

Raya kesepuluh ke rumah adik mak Cik Supi, Felda Pasak. Iman main spiderman2 guna skaff aku yg hitam tu, langsung abah dia belikan topeng spiderman betul. Adiknya pun nak juga...
Ok lah ya, nantikan selepas ini gambar2 candid n hunting di hari raya...Mablesss!