Tuesday, December 29, 2009

Masih Ting Tong

Sudah dua minggu kehidupan kami berlalu tanpa yang tercinta disisi. Apa yang boleh ku katakan itulah seperti yang ditulis di atas itu. Masih kelam kabut, pening2 lalat dan ketidakstabilan yang melanda diriku. Anak2 juga seakan mengerti dan merasa bahawa mereka juga kehilangan belaian seorang abah untuk sementara ini.

Menyorot kembali kisah hidupku nan lalu, memanglah aku pernah PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) selepas nikah dahulu sehingga Iman berumur 8 bulan, barulah kehidupan kami saling lengkap melengkapi. Tapi itu dulu... Nak memulakan "PJJ" kali kedua amatlah perit dan payah untuk ditempuh dengan anak yg dua orang ini. Dengan si abang yang petah berkata dan berfikir, acap kali juga dia bertanya, "Bila abah nak balik Mesia, bu?"... Aku hanya mampu memujuk dengan menyuruhnya berdoa untuk si abah.

Cerita selanjutnya tentang aku. Kini aku akan bergelar cikgu kembali apabila lamaran ku diterima di Sekolah Rendah Islam Hidayah. InsyaAllah aku mendapat mandat untuk mengurus dan memantau Kelas 3 Ibnu Majah dan Mentor kepada 4 Umar al-Khatab (Banat). Sesungguhnya aku memang teruja dengan suasana damai "iklim" guru dan "iklim" sekolahnya. Mudah2an apa yang ku cari ada di sini dan dapat aku teruskan cita-citaku di sini... Allahu Akbar!

Saturday, December 19, 2009

Minggu Pertama Ketiadaan Abah

Salam pada teman2 pembaca blog kami... Maaf dah agak lama blog ini terabai, bukan niat dihati mahu mengabaikan cuma tuntutan harian yang perlu didahulukan. Hmm masuk hari ni dah 3 hari abah ImanAmien meninggalkan kami pergi mencari rezeki di bumi Doha.

Sehari selepas abah ImanAmien bertolak tuhari, si Amien dah start demam n batuk2...Hari ni pulak si Iman demam, bangun tido petang tadi badan dia panas n muntah susu. Hai demam rindu kat abah dia ke budak2 ni... Kelmarin mak pesan, kain pelekat abah ImanAmien jangan dibasuh, selimutkan budak2 ni...

Semoga kejauhan ini akan menambahkan lagi kasih sayang di antara kami. Betapa berharganya nilai seorang suami di sisi isteri dan betapa perlunya seorang abah di sisi anak2. Terharu bila aku terima emel dari hubby...

Tak palah baru abang tahu yang rindu nie boleh buat kita lagi ingat kat Allah ...

Betapa agungnya Allah itu ... bila DIA melahirkan perasaan ini ...

Kita akan benar-benar menghargai orang yang selalu hampir ngan kita.

Kita doa selalu dan banyak-banyak moga Allah mudahkan dan lorongkan jalan ...

Insya Allah rezeki Allah itu pasti dan abang yakin ia akan sampai waktunya nanti.
Cuma kena sabar je lah untuk waktu itu tiba.


InsyaAllah abang, doamu selalu mengiringi kami, namun tak sama bila dirimu ada disisi... Aku bagaikan kehilangan sayap dan tiada semangat namun aku gagahkan juga mana yang dapat. Allahu Akbar!

Tuesday, December 1, 2009

La Tahzan Wa La Takhouf

Banyak kenangan yang akan ku bawa dari bumi bertuah ini. Suka duka bersama teman2 akan tersemat terus di memori ku... Jangan ditangisi pemergianku, tetapi iringilah ia dengan doa dan harapan...

Untuk Yang Tersayang, jangan nakal2 semasa ketiadaanku di sisi mu... Sementara itu, tangan ini tidak lagi mendapat pahala mengejutmu Subuh, mengingatmu Jumaat, tiada lagi pahala untuk tangan ini memasak makananmu, tiada lagi pahala tangan ini menggosok pakaianmu, tiada lagi pahala untuk tangan ini mengurus rumahmu... Tiada lagi pahala tangan ini mengurut tubuhmu... Sesungguhnya pemergianku hanyalah untuk memperbaiki segala kelemahan diri, moga dapat ku mendekatkan diri yang kerdil ini dengan Rabbnya melalui redhamu... Wahai suamiku, segala pengorbanan dan budi baikmu terhadapku hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Aku hanyalah insan biasa yang tidak mampu berbuat apa... "Aku tidak tegar meninggalkannya, Pak..." Tetapi aku hanya menurut... Apalah erti cita-cita tanpa cinta di sisi... Selamat tinggal Yang Dikasihi kerana Allah...