Saturday, August 22, 2009

Ahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Alfu salam pada semua sahabat pembaca blog kami. Hari ni 1 Ramadhan 1430 merupakan hari pertama umat Islam berpuasa dan juga pengalaman pertama aku berpuasa di Qatar. Kalau hubby tahun ni merupakan tahun kedua dia berpuasa di sini. Alhamdulillah rasa seronok and syahdu tu lain macam sikit walaupun tak semeriah di Malaysia tapi sedikit sebanyak aku dan sahabat2 di sini mampu mengimarahkan surau kami dengan Tarawikh. Kaum ibu pun nampak gaya masih ingin kekalkan dengan adab berjiran seperti di Malaysia iaitu bertukar juadah berbuka puasa...Bestnye...

Berkata Rasulullah s.a.w, "Bersahurlah kamu sesungguhnya dalam bersahur ada barakah". Minum segelas susu and sebiji kurma pun ok...jangan tak makan langsung!

Jangan lupa dalam bulan yang penuh barakah ini Allah telah sediakan malam istimewa yang telah diketahui umum iaitu Lailatulqadar. Berusahalah kita bersama untuk mendapatkannya.

Rasulullah s.aw telah bersabda, "Barangsiapa yang menghidupkan Lailatusqadar dengan keimanan dan kesungguhan baginya pengampunan di atas segala dosa2nya yang telah lalu".

Berpuasa di bumi padang pasir ni amat mencabar sekali bagi orang yang bekerja (hubby and kawan2nya lah) sebab kita pun sedia maklum makna Ramadhan tu ialah panas terik! memang pun sebab sekarang ni high impact musim summer yang mana selama ni aku tak pernah dengar tentang humidity. Kat sini dengan cuacanya yang panas ditambah lagi dengan humidity tinggi maka cik abang and kawan2nya kalau time bekerja di siang hari tu 15 minit kat luar dah kene masuk berteduh kat tempat berhawa dingin sebab nak cover balik air dalam badan yang hilang tu. kalau u all nak baca lebih lanjut, sila klik kat cerita Remboe ni. Ayat dia lagi best...hihihi... (minta jasa baik awak yer Remboe...share citer ni...)

Sempat pula kami sambar apa yang ada macam kat Malaysia...Jeng! Jeng! Jeng! Pernah dengar tak kolang-kaling (bahasa jawa), melayunya buah kabung...Isk rase cam duduk kat Malaysia jek....Nangka pun ada! Hehehe.....(Lepas gian ni....)


Di kesempatan ini juga kami memohon ampun dan maaf di atas segala salah silap, keterlanjuran kata atau perbuatan yang mana tak berkenan di hati sahabat2 sekalian. Moga ukhwah yang terjalin diberkati Nya selamanya. Maaf zahir & batin...

5 comments:

Abah said...

Assalamualaikum ...
Untuk Ibu,Iman & Amien abah ucapkan 'Selamat Berpuasa' dan atas kesempatan ini juga sempena hari baik bulan baik, Abah mohon seribu kemaafan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Maafkan atas semua kesalahan dan kesilapan Abah selama ini kerana mungkin Abah melakukan kesilapan. Mungkin abah ada marah-marah dan apa pun kesilapan itu Abah mintak maaf ya ... Ramadan kareem ...

ummu said...

assalamualaikum Ustazah,
salam Ramadhan untuk ustazah sekeluarga di rantau orang...

Mohd Sabar & Rafieah said...

Abang : Ibu pun minta ampun dan maaf juga ya...maaf lah lum dapat jadi isteri solehah lagi...aduuuu :)

ummu masyitah : wslm wrth kak masyitah...ramadhan kareem juga utk akak sekeluarga

WWRemboe™ said...

Salam Ramadhan buat orang kampung....abah, ibu, Iman dan Amien....nanti raya kat kampung jangan lupa berkunjung ke rumah.....:)

Mohd Sabar & Rafieah said...

ncik remboe : ramadhan kareem juga buat orang tunggal...haá nanti dah kat tunggal tu jangan lupe ke kledang...bawak kak zana n haziq skali