Thursday, February 11, 2010

Sanah Hilwah Ya Hubby

Semoga dipanjangkan usia dalam kebaikan dan dimurahkan rezeki di mana jua dikau berada. Moga amalan seiring usiamu!


DOA UTK SUAMIKU...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekir­anya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanl­ah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Se­kiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah­ tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya­ suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekir­anya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurn­iakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaa­nya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sek­iranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbingla­h aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

2 comments:

um masyitah said...

Salam Ustazah
sayunya hati akak baca entry ni..akak pun kadang2 terfikir juga,bila ada hamba2 Allah terutama dari kaum adam yang bertanya kepada akak semasa kak bekerja dahulu,"Mas tak takut ke kalau suami kahwin lain?Mas sanggup ke poligami?"
semua soalan itu diajukan kepada akak setelah suami menghantar kak dengan menolak kerusi roda akak untuk ke bilik guru akak...
akak copy paste kat blog baru akak boleh tak?

Mohd Sabar & Rafieah said...

boleh je kak masyitah...apa2 yang ada dlm blog peah ni memang utk dikongsi bersama...sebar ilmu melalui internet!