Saturday, October 25, 2008

Doha Yang Kan Ku Teruskan

Mggu ni hubby bawa kami anak-beranak berjln kat Villaggio plak. Nama cam class gitu n mmg class pun tmptnya. Kagum aku pd Pencipta Yang Maha Kuasa yg telah mengideakan design Villaggio ni, kalah KLCC. U all nengok ni, design kedai2 dia, atas ngan bawah…best kan? Subhanallah… Actually ceiling dia tu cam awan bergerak n yg mcm umah tu bukan umah pun, replica jek… Villaggio ni satu tingkat n very biggg...

Bahagian atas kedai

Bahagian bawahnya
Camnilah rupanya...

Kat sini jugak lah aku beroleh prepaid Qtel hadiah pemberian suamiku. Thanks hubby... So, ape lg kengkawan, ni no phone aku yg baru...+9745973949. Oh ya, utk pengetahuan sahabat2 di Malaysia, no dulu tu masih available kat sini. Means kalau sesapa yg hantar sms guna no Malaysia tu, I still can received but nak reply je kene guna no Qatar ni. Alamat umah? Cik abang yg dah lama dok sini pun dia tak tahu alamat umah ni, aku apatah lg. InsyaAllah nanti kalau dah tahu, aku tulis dlm blog ni, kot2 lah ada yang kasihan kat kami, leh lah hantaq rempah2 dari Mesia.

Second place yg kami g mggu ni is Malaysia Embassy. On the way nak pi sana aku nampak bangunan zig zag ni n ni ak
u bg tgk some of the environment in Qatar. Kebnykan bgnn kat sini under construction, sana sini jentera...

Saturday, October 18, 2008

Seminggu Di Al-Merqab, Doha

(Seronok lah dok sini...Mai ah...) Dah seminggu kiranya aku dok kat Doha ni. Sampai tuhari 12hb dr KL kul 3.35pg n tiba Doha kul 6.40pg, nampak cam 3 jam perjalanan jek ek? But actually it's take time 8 hours to arrived. Kat Doha kul 6 lebih but waktu Malaysia dah kul 11 lebih. Malaysia leading 5 hours than Qatar.

Panas? Takde lah...Alhamdulillah...May be sebab la ni nak masuk winter but doesn't have snow. Waa...Rugi aaa. Hehehe...Ingat ni kat Korea ke? Kata pemandu Karwa (teksi) high impact dia boleh cecah sampai 2 degree. So environment dia la ni tak jauh beza ngan Malaysia. Pagi2 leh dah nampak kabus, kalau tak, before that tak sempat pun nak nampak embun, dah terang!

Hari pertama (Ahad) sesampai je umah kami melepakkan diri. Penat beb! Dlm kapal terbang bukan leh tido betul. Ptg kuar shopping beli brg2 basah kat Carrefour, City Center. Kat Doha ni aku mengalami 2 shock! First "Price Shock". Kalau kat Malaysia shopping giler2 pun mau2 ada lah dlm RM300 lebih tapi kat sini, segitu jek dah QR600 lebih...Sabo je lah. 1st n 2nd day aku cam org Eskimo, berskaf n mitten, stokin n jaket ape tah lg. Actually dlm umah pasang air-cond 24 jam. Anak-anak pakai long sleve je n stokin tak tinggal.

Hari kedua (Isnin) aku kene "Timing Shock" plak. Mana taknye, asyik teringatkan waktu Malaysia jek. Pergerakan pun rase cam lambat je. Sampai masak tuk lunch aku buat lps zohor, sini zohor dia kul 11 lebih pagi. Sian cik abang, lunch lambat...Hehehe...Hari ni jugak lah aku diserang pening2 lalat n mabuk laut. Kuikuikui cam pusing umah ni dibuatnya. Ape lagi husband suh pi rehat...Agaknya baru tuko angin kot...Ptgnya kwn hubby yg bujang2 (lum bawa wife) dtg ziarah jenguk kami, Cek Madi, Cek Mat Faisal n Cek Hussin.

Hari ketiga (Selasa) pi buat Blood Group. Nasib baik klinik tu dekat ngan umah ni. Jalan kaki jek. Yang klakonya si Amien tak ape2 pun bila nurse tu cucuk jarum but si Iman lum cucuk dah nangis. Sian dia...Ptgnya kwn hubby dtg ziarah, Cek Rosman n Kak Sam from appartment lain.

Hari keempat (Rabu) tak gi mana kot but cik abang keje malam. Buat house keeping n susun baju2 yg dibawa...

Hari kelima (Khamis) g swimming pool, dlm appartment ni jugak. Yg bestnya kalau dah satu family masuk, orang lain tak boleh masuk. So ape lg, ingat tak nak mandi, skali tergoda daaa....Aku pun debusss sekejap. Jakuzi n sauna lum rase lg sbb ada Amien kan, dia bukan nak ngan abah dia lelama. Hari ni aku pun dah semakin stabil n dah boleh tune timing Qatar ni. Tak le cik abang lunch lambat lagi...Hehehe...

Hari keenam (Jumaat) g shopping lg kat City Center tuk kali kedua. Ptgnya ada 2 family kwn hubby dtg ziarah. Cek Wan n Kak Wa dr Terengganu & Cek Yus n Kak Wani dr Perlis but depa ni dok seappartment ngan kami.

Hari ketujuh (Sabtu) hari ni lah, tak g mana pun. Dok umah jek update blog ni. Perubahan yg aku rase setakat ni ialah aku n iman kuat mkn n cepat lapar. Harap2 lepas ni blk Malaysia bertambahlah sikit berat badan aku...hikhikhik...

Aktiviti anak-anak; bangun tido main games, PSP, watching televisyen, naik walker (Amien) tido lps zohor, bangun main games sampai malam. Si Iman dah bosan dah...Dia minta dihantar ke school plak...Sian dia..."Sabar ye, Man" tahun depan Iman akan school sbb tahun ni Iman tak cukup umur lagi, baru 3 tahun lebih...

Iman ngan tumblernya
(kat sini kene selalu minum air)






Amien leka main tangannya









Amien yg dah start angkat2 badan









Tu lah keje si abang... Main.. Main.. Main..









Amien nengok tv sambil duduk(eksen jek tu) Tu botol susu Iman, Amien still breast feeding lagi!



Monday, October 13, 2008

Malaysia Yang Ku Tinggalkan

Berakhirnya penantian anak-anak dan isteriku yang selama ini menunggu dan menanti serta menghitung waktu untuk dibawa bersama ke Qatar. 12 Oct 2008 jam 3.35pg penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Doha. Alhamdulilah anak-anak semua berkeadaan baik masa dalam penerbangan. Aku risau gak kalau-kalau bila kapal terbang dah tinggi dia orang mengadu sakit telinga ke sakit hidung ke. Apa pun semua smooth alhamdulilah ...












Saudara-mara n kawan yang sempat menghantar kami di airport Senai n KLIA

Wednesday, October 8, 2008

Rasa cam berdebar jer

Diam tak diam lagi tiga hari kami akan meninggalkan bumi Malaysia. Aku la ni rase cam tak caya pun ade... Betul ke aku akan terbang? Mudah2an tercapailah hasrat ku yang satu ini. Dulu lepas SPM memang berhasrat nak futher study ke oversea tapi tak kesampaian dek kerana tiada restu orang tua. La ni lah agaknya baru nak merasa duduk di negara orang ikut suami. Thank you Allah... Thanks hubby... Alhamdulillah mak abah tak kata apa lah... Malah doa restu yang diiringkan...


Alhamdulillah di saat2 akhir aku dapat juga siapkan baju raya untuk Hubby, Iman n Amien. Hijau warna favourite suami. Semua tu hasil kerja tangan aku kecuali seluar hubby...that's why dia tak pakai ;)

Beraya sakan kat Panchor sampai keliling kampung kitaorang beraya. Adik-beradik belah suami pun dapat kami bertemu muka sebelum berangkat walaupun datang tak serentak. Kang Ron n Kak Ru, Mak Jah n Ude, Kak Tom n Abg Jais, Abg Bari n Kak Che Da, Abg Man n Kak Hanim, Abg Isa n Kak Ummi serta Kak Ina n Ipin.

Hari raya ketiga kami beraya di rumah saudara sebelah aku plak. Cik Supi (Pasak), Wak Imah n Pak Ude (Kg Panti), Cik Surti n Cik Temi (Tmn Sri Lambak). Then gi Parit Yusuf (Umah Jamilah) sebab nak jumpe orang KSA (Zihan - bestfriend suami). Then umah Cik Julie (Tmn Pulai Flora), Atok Sarah (Prt Simpang Sikon, Prt Raja) n Cik Ru.



























Semoga ukhwah kita berpanjangan dalam keberkatan Ilahi... Ukhwah Fillah! Sahabat-sahabat pembaca blog kami ni, doakan kami selamat dalam perjalanan dan selama bermastautin di sana. Doa kalian amat kami harapkan. Sirru a'la barakatillah...