Saturday, June 27, 2009

Ahlan Ya Rejab Kareem

Hari ini kelas fardhu ain untuk anak2 di Merqab berjalan seperti biasa. Tapi topik kali ni cukup ringkas namun ku harap ia dapat memberi peringatan dan perlumbaan dalam beribadah kepadaNya. Biarpun anak2 yang ku ajar, aku tetap berdoa semoga ilmu yang ku sampaikan ini dapat dipanjang2kan kepada ahli keluarga mereka dan yang paling utama ia sebagai peringatan kepada diri ku sendiri agar beroleh kekuatan untuk beramal dengan ilmu yang ada.

Bulan-bulan Islam...Anak2 lazimnya lebih mengetahui atau menghafal bulan masihi tetapi tidak bulan Islam. Dengan adanya dendangan nasyid dari kumpulan Alarm Me berkaitan dengan apa yang ku ajar ini dapat menyuntik semangat Islami kepada mereka. Tambahan pula
Rejab sedang meniti kini.

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat meningkatkan amalan di bulan mulia ini, sebagai persediaan kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak kelak".


Di bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad saw iaitu pada 27 Rejab. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual di mana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa dan sedekah jariah.


Rejab bulan menabur benih

Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai


Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadhan menyucikan rohnya


Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan


Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya


Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadhan diganda 1000 pahala


Istighfar Rejab

Terdapat di dalam "Majmu' Syarif"


4 comments:

:: Leeza Joe :: said...

Salam...
kalu kami tinggal kt sane blh htr rian belajar fardhu 'ain ngan kak peah gak..pas2 ibu rian ni pon nak join same...:)

Baitijannati said...

assalamualaikum...

bagus n3 ni..share info bln rejab n peringatan buat smua...smoga usaha peah utk anak2 dsana...d berkati Allah..truskan usaha untuk mendidik n mgajar agama utk mereka..:) itulah pengorbanan terbaik...salam sayang dr yanbu'.

New Friends - Shazad - said...

I think you have such beautiful kids, they definately take after their mother...keep smiling and you will always look pretty

Mohd Sabar & Rafieah said...

lieza : boleh jer lieza... bile nak pindah sini...

kak ila : berkat doa akak juga ni...moga Allah terus beri kekuatan untuk ke arah kebaikan bersama, Amin...

shazad : nice knowing u...