Thursday, August 21, 2008

Jauh itu DEKAT!

Malam ni baru dapat chat ngan Erah (isteri Kamal) setelah berapa lama tak chat ngan dia. Alhamdulillah suaminya dah selamat sampai Yanbu, Arab Saudi. Seronok ah depa... Nanti Jamilah ade Erah kat sana. Aku? Nak kene tunggu Izzah ah mai sini... Nasib baik ade Kak Lina, ade dah kawan sorang kat sana nanti.

Aktiviti seharianku berjalan seperti biasa...cume cuti sekolah ni bz sikit ngan iman... Kalau dia sekolah dia akan tido balik sekolah sebab dah penat tapi seminggu ni segar betul mata dia, susah nak suruh tido siang...

Ha ni ada bingkisan untuk para isteri yang sedang berjauhan dengan suami. Aku dapat ni dari majalah Anis tahun bila ntah. Renung-renungkan lah wahai sahabat-sahabatku :

Kembali kita berjauhan
salam terpisah senyum tertahan
rindu berbuah sayang merendang
jauh-jauh begini...
menguji percintaan

Suaramu telus di langit kelabu
setiamu selimut dingin hujanku
arca bayang-bayang malam
sinar remang-remang siang
melukis setiamu di awan gemawan

Terpisah semakin indah
kan terlarut keruhan rasa
terimbau semula nostalgia lama
jari-jari merahmu...
di malam pertama

Sayang...Jauh itu DEKAT!

3 comments:

farishzamie said...

alamk kak bila lah za nak gi qatar..doa-doakan jerlah kami dapat jejak kaki kat sana.insyaallah diizinkan tuhan samapai kami kat sana..l

Anonymous said...

Indah bagaikan bingkisan Aisha buat suaminya ...

Mohd Sabar & Rafieah said...

izzah : insyaAllah ada rezki tu nanti...usaha n doa banyak2 mg kita berjumpa di bumi bertuah ni...

anonymous : ini bingkisan rafieah buat suaminya :)