Tuesday, December 1, 2009

La Tahzan Wa La Takhouf

Banyak kenangan yang akan ku bawa dari bumi bertuah ini. Suka duka bersama teman2 akan tersemat terus di memori ku... Jangan ditangisi pemergianku, tetapi iringilah ia dengan doa dan harapan...

Untuk Yang Tersayang, jangan nakal2 semasa ketiadaanku di sisi mu... Sementara itu, tangan ini tidak lagi mendapat pahala mengejutmu Subuh, mengingatmu Jumaat, tiada lagi pahala untuk tangan ini memasak makananmu, tiada lagi pahala tangan ini menggosok pakaianmu, tiada lagi pahala untuk tangan ini mengurus rumahmu... Tiada lagi pahala tangan ini mengurut tubuhmu... Sesungguhnya pemergianku hanyalah untuk memperbaiki segala kelemahan diri, moga dapat ku mendekatkan diri yang kerdil ini dengan Rabbnya melalui redhamu... Wahai suamiku, segala pengorbanan dan budi baikmu terhadapku hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Aku hanyalah insan biasa yang tidak mampu berbuat apa... "Aku tidak tegar meninggalkannya, Pak..." Tetapi aku hanya menurut... Apalah erti cita-cita tanpa cinta di sisi... Selamat tinggal Yang Dikasihi kerana Allah...

7 comments:

KAHERAH said...

Menitik airmata ku ini peah oiii...takpe2 ko hadiahkan hubby ko buku La Tahzan...buku ilmiah yg bermanfaat gak tu..karangan penulis yg amat aku suka..

Mohd Hisham Mohd Sharif said...

salam,
aik nak kemana pe'ah? lain macam je bunyinya...

Insan Kerdil said...

Besar pengorbananmu itu moga Allah saja yang membalasnya. Dalam hidup ini semua yang berlaku kehendak Allah. Buat insan kerdil ini hanya doa yang dapat dipanjatkan moga nanti akan beroleh keberkatan dalam hidupmu. Pasti ... Allah akan takdirkan kalaian akan beroleh ketenangan dan hidup bersama-sama kembali dalam ukhwah kekeluargaan. Sabar, redo,tawakal moga Allah mudahkan segala urusanmu nanti .. Yakinlah Allah sentiasa bersama ...

WWRemboe™ said...

Kami mendoakan yang terbaik buat Peah dan keluarga...kita hanya merancang tetapi Allah jugak merancang untuk kita...dan perancangan Allah adalah yang terbaik buat hamba2Nya yang bertakwa....

Percayalah, setiap kesusahan akan disertai dengan kebaikan...Allah menguji hambaNya untuk menilai ketakwaan kita kepadaNya... Jangan bersedih...setiap kejadian ada hikmahNya....

Anak2 kami di sini pun akan terasa kehilangan seorang guru yang mengajar ilmu agama kepada mereka...Kami apatah lagi, terpaksa mengharung gundah yang selama ni tenang dengan kehadiranmu...Memang kata orang patah tumbuh hilang berganti, tapi setiap pengganti takkan sama dengan yang diganti...

Pulanglah dengan tenang...tak dapat jumpa kat Qatar, kat Malaysia still bole jumpa...nanti balik Johor kita gi makan kat Lido ok?? Jangan bersedih....Life must goes on....Maassalamah...Ilalliqaq...InsyaAllah....

nojie said...

Slm ukhwah ya ukhti.
Sedih juga dengar berita ustazah dah nak balik M'sia. W/pun kita hanya sekadar kenal shj. Tp terasa juga, lebih2 bila memikirkan ttg nasib ank2 kat sini tanpa bimbingan agama. Kat al-haya nipun kami akan kehilangan seorg ustaz pembimbing ank2. En.Jamal dah nak pindah ke alkhor. W/pun tgal kat tanah arab, tp bab2 agama ni masih susah nak dapat (x ada pembimbing).
K.Azie doakan semoga ustazah dan keluarga akan mendapat rahmat dan hidayah-NYA selalu.
Terlalu besar pengorbanan ustazah dan suami dlm mengharungi dugaan hidup ini. Sedih juga rasanya dgn onak yg terpaksa dilalui ini.
Slm kemaafan dari k.azie sekeluarga utk ustazah sekeluarga.
Sesungguhnya DIA merupakan perancang yang sebenar yg tdk mampu utk kita sangkal lagi....

ummu said...

Salam dik
Terharu akak ....
semoga pengorbanan ini dilimpahi Rahmat Allah dunia akhirat.amin

Mohd Sabar & Rafieah said...

erah : aku tak jumpa cari buku tu lagi ah erah

hisyam : aku balik mesia for good ah hisyam

insan kerdil : moga allah cepatkan dan mudahkan urusan kerja abang di sini, tak sanggup berjauhan lagi...

ncik remboe : syukran ya akhie...

kak azie : sangat setuju dgn akak, DIA sebaik2 perancang...

kak masyitah : amin ya rabbal a'lamin