Tuesday, December 29, 2009

Masih Ting Tong

Sudah dua minggu kehidupan kami berlalu tanpa yang tercinta disisi. Apa yang boleh ku katakan itulah seperti yang ditulis di atas itu. Masih kelam kabut, pening2 lalat dan ketidakstabilan yang melanda diriku. Anak2 juga seakan mengerti dan merasa bahawa mereka juga kehilangan belaian seorang abah untuk sementara ini.

Menyorot kembali kisah hidupku nan lalu, memanglah aku pernah PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) selepas nikah dahulu sehingga Iman berumur 8 bulan, barulah kehidupan kami saling lengkap melengkapi. Tapi itu dulu... Nak memulakan "PJJ" kali kedua amatlah perit dan payah untuk ditempuh dengan anak yg dua orang ini. Dengan si abang yang petah berkata dan berfikir, acap kali juga dia bertanya, "Bila abah nak balik Mesia, bu?"... Aku hanya mampu memujuk dengan menyuruhnya berdoa untuk si abah.

Cerita selanjutnya tentang aku. Kini aku akan bergelar cikgu kembali apabila lamaran ku diterima di Sekolah Rendah Islam Hidayah. InsyaAllah aku mendapat mandat untuk mengurus dan memantau Kelas 3 Ibnu Majah dan Mentor kepada 4 Umar al-Khatab (Banat). Sesungguhnya aku memang teruja dengan suasana damai "iklim" guru dan "iklim" sekolahnya. Mudah2an apa yang ku cari ada di sini dan dapat aku teruskan cita-citaku di sini... Allahu Akbar!

5 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...

mabrukk akak ucapkan.....harap peah tabah..mghadapi bersama anak2 dmsia...

smoga tugas baru sbagai 'pendidik' mjadi peah lebih sabar n tabah tanpa suami disisi buat tika ini..

PJJ?...bgus juga pndangan peah tu ye..emm..rasa ok x ambik pjj tu time dah ada anak ni...akak teringin nk try la plak...:)...heheh...mana tau turn akak balik msia plak...anak2 pun dah bsar...

min...kak ila....yanbu'

artakus said...

sabar ye peah! pinjam la nama husband ko banyak sikit! ^_^

Kak Siti Man Din said...

sayuuu jek hati baca...lagu tu lagi buat sayu..

ummu said...

Salam dik
sabar ya dik..memang sayu kat hati Allah je yang tahu.Peritnya PJJ Allah yang Tahu. anak2lah pengubat penat lelah dan kesayuan itu..
pasti ketentuan Allah yang terbaik untuk kita dan ummah.insyaAllah.

Mohd Sabar & Rafieah said...

kak ila : bagus kak ila...semangat menimba ilmu masih menebal di jiwa... peah pun ada niat juga ni

halim : ya...tgh sabar lah ni... kalau tak sabar aku dah terbang balik ke sana daaaa...hahahah

kak siti : hehehehe....

kak masyitah : ya kak...peah ingat dan yakin itu, segala yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya yg kita tidak tahu