Sunday, February 13, 2011

Ahlan Wa Sahlan Orang Baru...


Hehehe... Dah ama bebenor tak update blog, maklumlah sejak2 ada FB ni. Terkini tentang keluarga aku, Iman n Amin dah dapat adik baru hujung tahun lepas. 20 Disember 2010 aku selamat melahirkan Muhammad Hafidzul Amaan bin Mohd Sabar seberat 2.7 jer... Alhamdulillah kali ni agak mudah mengeluarkan, berkat doa suami yang menunggu di luar dek kerana tak dapat turut serta dalam bilik bersalin tak macam abang2nya.

Apa yang ingin aku kongsi di sini ialah tentang pendaftaran kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara. Sehingga entri ini ditulis anak aku Amaan masih belum didaftarkan lagi means lum ada my kid or surat beranak dek kerana keterlewatan kami mendaftarkannya. Ceritanya begini, lepas bersalin aku berpantang di rumah mak kota tinggi. Tup-tup aku terlupa bawa sijil nikah padahal semua dokumen dah lengkap (kononnya).

Minggu kedua balik Pasir Gudang amik sijil nikah. Hujung minggu balik balik rumah mak sebab nak daftar di Bandar Penawar, sekali ada column tu doktor tak sign lah pulak. Ntah apa2 lah. So anak yang sulung pun nak masuk sekolah, balik ah rumah sendiri walaupun hubby ke Korea 3 minggu (punyalah lama). Balik dari Korea hubby amik cuti nak gi JPN kat Pasir Gudang tup-tup dah berpindah ke taman depan tu plak. Pegilah jugak lepas tercari2 lokasinya, sekali nombor utk hari tu pulak habis. "Encik datang esok pagi ya". Aduuu...

Terkini aku lah yang gi Jumaat lepas sebab hubby dah keje susah nak keluar2 n aku pun dah habis pantang. Dah duk depan kaunter tu dia kata ni lewat sangat dah ni... lebih 42 hari! Aku tahu n tak kisah pun nak bayar denda RM15 tu tapi bukan itu aje... Kene isi dokumen mak nenek yang menyusahkan lah pulak... Nak gambo tu lah nak gambo ni lah... Macam2... Pening aku! Macam bukan rakyat Malaysia je anak aku ni... Aduuu

Moralnya : Janganlah korang lewat2kan daftar kelahiran anak korang! Ingat tu...!

No comments: