Sudah dua minggu kehidupan kami berlalu tanpa yang tercinta disisi. Apa yang boleh ku katakan itulah seperti yang ditulis di atas itu. Masih kelam kabut, pening2 lalat dan ketidakstabilan yang melanda diriku. Anak2 juga seakan mengerti dan merasa bahawa mereka juga kehilangan belaian seorang abah untuk sementara ini.Menyorot kembali kisah hidupku nan lalu, memanglah aku pernah PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) selepas nikah dahulu sehingga Iman berumur 8 bulan, barulah kehidupan kami saling lengkap melengkapi. Tapi itu dulu... Nak memulakan "PJJ" kali kedua amatlah perit dan payah untuk ditempuh dengan anak yg dua orang ini. Dengan si abang yang petah berkata dan berfikir, acap kali juga dia bertanya, "Bila abah nak balik Mesia, bu?"... Aku hanya mampu memujuk dengan menyuruhnya berdoa untuk si abah.
Cerita selanjutnya tentang aku. Kini aku akan bergelar cikgu kembali apabila lamaran ku diterima di Sekolah Rendah Islam Hidayah. InsyaAllah aku mendapat mandat untuk mengurus dan memantau Kelas 3 Ibnu Majah dan Mentor kepada 4 Umar al-Khatab (Banat). Sesungguhnya aku memang teruja dengan suasana damai "iklim" guru dan "iklim" sekolahnya. Mudah2an apa yang ku cari ada di sini dan dapat aku teruskan cita-citaku di sini... Allahu Akbar!
