Thursday, September 18, 2008

Allah Lebih Sayangkannya

Al-Fatihah... Untuk Allahyarham Ayahnda Suradi bin Reso, bapa mentuaku. Dah seminggu arwahnya pergi...Dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 11hb yang lalu, hari khamis malam jumaat di bulan yang penuh barakah ini. Masih terbayang-bayang lagi di mana arwah selalu suka duduk, suka baring... Arwah pergi dengan wajah berseri-seri walaupun tanpa menunggu kepulangan suami. Suami redha dengan ketentuannya.

12hb jam 6.40 ptg kami tiba di Lapangan Terbang Senai menyambut kepulangan suami yang dapat bercuti sehingga 11/10. Alhamdulillah terubat semua rindu kami padanya. Apa yang ku rancang sebelum ini tidak diperkenankan Allah tetapi Allah makbulkan dengan segera pula... Syukran Ya Allah...

La ni aku n suami serta anak2 ada di Kota Tinggi... Melihat hari-hari persekolahan Iman di sini. InsyaAllah kami akan bertolak balik ke Panchor, Muar 2 - 3 hari sebelum menjelang Syawal kerana tahun ni giliran sana. Aku tak kisah pun kat mana nak raya dahulu, asalkan boleh bersama kami berempat ke mana saja.

Untuk pengetahuan Yann n rakan2 kami akan berangkat ke Doha, Qatar pada 11/10 jam 6.00 petang lebih kurang. Doakan keselamatan dan kemudahan kami di sana nanti... Semoga ukhwah kita berpanjangan n keep in touch!



4 comments:

yannfuad said...

takziah wat akak skeluarga..muga arwah FIL akak d tempatkan d kalangan org2yg beriman...amin

citra_hitam said...

semoga saba tabah menghadapi dugaan ini.. lepas ni cabaran kat negeri org pulak.. anyway good luck bro..!!

Mohd Sabar & Rafieah said...

Boleh kenal...sapa ya ni citra_hitam...nanti leh nak buat link kat blog ni...(kawan Sabar ya ni? sapa ya namanya?)

Mohd Sabar & Rafieah said...

yan : Amin...mekasih...Al-fatihah untuk bapak n mak