Monday, August 25, 2008

Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia

Kurma
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati". Nabi saw bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". Nabi saw bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Kismis
Nabi saww bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa". Nabi saw bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Madu
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran". Rasul saww bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Rasul saw bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Rasul saw bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Rasul saw bersabda: "Allah SWT telah meletakkan barakah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Rasul saww bersabda: "Lima perkara dapat menghilangkan lupa, menambah hafalan dan menghilangkan lendir iaitu bersiwak (menggosok gigi), puasa, membaca Al-Quran, meminum madu dan memakan luban". (Dari kitab Makarimul Akhlaq)

Friday, August 22, 2008

Ahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Ahlan! Ahlan! Ahlan!! Ya Allah... Tak terucap kalimah syukur, seandainya aku masih diberi ruang dan peluang untuk bertemu tetamu istimewa ini. Aku menghitung hari... Sehari demi sehari Sya'ban makin menarik diri. Sedia memberi ruang untuk Ramadhan menjenguk diri. Hari yang tidak menentu cuaca, bagai mempamer rasa debar menyambut tetamu ini. Namun sayang, bahang Ramadhan ini seakan tidak dirasai oleh umat, terutama di Malaysia ini. Aku berkata begitu kerana hangatnya suasana kemerdekaan kian membahang hingga menenggelamkan VVIP yang akan hadir ini.

Bila disebut tentang Ramadhan, langsung terlintas akan Solat Sunat Taraweh, sahur, berbuka, tadarus Al-Quran, Nuzul Quran, Lailatul Qadar, Perang Badar, amalan sunat yang berlipat ganda pahala, doa-doa yang mudah dimakbulkan dan yang paling disukai ramai, Bazar Ramadhan... Jadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang terbaik dari tahun-tahun yang lalu. Seandainya Ramadhan lalu grednya hanyalah C, jadi tahun ini mesti dapatkan gred B atau lebih dari itu. Aku termenung sejenak, mengingati Ramadhan yang lepas. Terasa amat banyak lagi kekurangan yang perlu dipertingkatkan. Perlu dan wajib diperbaiki untuk diri aku dan keluargaku.

Sebagai mengakhiri coretan yang ringkas ini, sambutlah Ramadhan seolah inilah Ramadhan terakhir buat kita sebelum nyawa terpisah dari jasad. Sambutlah tetamu ini kerana ia satu anugerah teristimewa buat umat Nabi Muhammad S A W. Sambutlah kerana kita hambaNya...

RAMADHAN KAREEM! RAMADHAN KAREEM! RAMADHAN KAREEM!

Thursday, August 21, 2008

Jauh itu DEKAT!

Malam ni baru dapat chat ngan Erah (isteri Kamal) setelah berapa lama tak chat ngan dia. Alhamdulillah suaminya dah selamat sampai Yanbu, Arab Saudi. Seronok ah depa... Nanti Jamilah ade Erah kat sana. Aku? Nak kene tunggu Izzah ah mai sini... Nasib baik ade Kak Lina, ade dah kawan sorang kat sana nanti.

Aktiviti seharianku berjalan seperti biasa...cume cuti sekolah ni bz sikit ngan iman... Kalau dia sekolah dia akan tido balik sekolah sebab dah penat tapi seminggu ni segar betul mata dia, susah nak suruh tido siang...

Ha ni ada bingkisan untuk para isteri yang sedang berjauhan dengan suami. Aku dapat ni dari majalah Anis tahun bila ntah. Renung-renungkan lah wahai sahabat-sahabatku :

Kembali kita berjauhan
salam terpisah senyum tertahan
rindu berbuah sayang merendang
jauh-jauh begini...
menguji percintaan

Suaramu telus di langit kelabu
setiamu selimut dingin hujanku
arca bayang-bayang malam
sinar remang-remang siang
melukis setiamu di awan gemawan

Terpisah semakin indah
kan terlarut keruhan rasa
terimbau semula nostalgia lama
jari-jari merahmu...
di malam pertama

Sayang...Jauh itu DEKAT!

Saturday, August 9, 2008

Permata Hati Kami

Bismillahir Rahmanir Rahim

Kali ni nak showkan gambar2 permata hati kami yang baru dua orang ni. Alhamdulillah nasib baik gambo2 iman dalam desktop yg rosak tu dpt diselamatkan. Cuba korang comparekan wajah diaorang berdua ni...
Umur masing-masing baru dalam seminggu...


Iman ; 23 Februari 2005 Amien ; 16 Mac 2008

Muhammad Hafidzul Iman : Yang Terpuji, Yang Dipelihara Iman
Semoga imannya dan iman kami sekeluarga dipelihara oleh Allah s.w.t.
Muhammad Hafidzul Amien : Yang terpuji, Yang Dipelihara Jujur
Semoga kejujurannya dan kami sekeluarga dipelihara oleh Allah s.w.t.
Al-Amien juga merupakan gelaran kepada Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda masih remaja. Ingat lagi tak kenapa baginda digelar Al-Amien?

Yang ni usia dalam 1 bulan...









Iman membesar di rumah quarter MARSAH, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Amien membesar kat rumah Kemasik, Kemaman, Terengganu, Malaysia

Yang ni usia dalam 2 bulan...








Sama-sama montel and tembam pipinya. Semua orang suka pipi depa...
Yang ni usia dalam 3 bulan...


Waktu ni lah Amien, Iman and Ibu kene tinggal Abah gi kerja kat Ras Laffan, Qatar. InsyaAllah ada rezeki, umur panjang kami akan bermastautin ke sana juga. Amin...

Yang ni usia 4 bulan...

TO BE CONTINUE