Sunday, January 24, 2010

Sanah Hilwah 2010


Tak bestlah... Tahun ni my birthday tiada hubby di sisi. Tapi sangat teruja bila dalam lena aku dikejutkan dek sms hubby yg meng"wish" aku di malam hari. Kalau hubby ada mesti dia bawak aku candle light dinner...or paling tidak mesti jalan2 window shopping... Hmmm...nak gi jugak ah! Abah, ibu gi Angsana ngan Mydin jap lagi ngan Is, ya?

Semoga bertambah usia ini akan lebih mengingatkan aku kepada mati. Umur yang dipinjamkanNya semakin berkurang. Bersediakah aku?

Sunday, January 17, 2010

Gotong-Royong MM2C

15 Januari 2010, Jumaat - Sekali lagi MM2C telah berjaya merapatkan ukhwah di antara comunitynya melalui Majlis Gotong-Royong Bubur A'syura dan Meeting Bulanannya. Hehehe... Amacam? Ada gaya pemberita tak? Seronok lihat gambar2 yang dihantar oleh ncik hubby ku. Rasa macam aku pun ada kat sana lagi... Kaum ibunya bertungkus-lumus sedari awal jam 9 pagi hinggalah ke 4 petang. Kaum bapa pulak ada meeting bulanannya...

Menurut kata hubby, program ni pun adalah untuk meraikan kedatangan family2 baru, adalah dalam 4-5 family. Walaupun tak sempat untuk aku mengenali mereka, namun ku tahu uhkwah yang terjalin itu akan terus kekal dan bahagia di bawah rahmat dan kasih sayangNya. Hidup di perantauan menjadikan kita semakin akrab dan saling perlu memerlukan...

Hah! apa lagi? Layan lah gambar2 nie...

Hai Kak Ida, Kak Zana, Kak Wanie, Kak Su n kakak2ku yang lain... Bestnyer dapat bergotong-royong bubur a'syura n karipap!


Inilah yang digotong-royongkan dek mereka2 kaum ibu yang sporting...


Anak2 Al-Mirqab n kaum di dapur tu nampaknya... (Macam kenal je tag yang warna kuning tu!)


Meeting ke makan, banggg...


Inilah dia Presiden MM2C kita, Encik Hisyam namanya... Sebelah tu Penasihatnya Encik Wan Ramli (Bekas Presiden 2009)


Paparazzi Mirqab...


Garu bang ya? Peluh tu agaknya... Kuat kerja! Moga keringatmu dibalas kebaikan olehNya


Berkawad ke ni ncik2 semua ni?


Hensemlah yang no.3 baris atas skali tu ;) Muah!!!

Tuesday, December 29, 2009

Masih Ting Tong

Sudah dua minggu kehidupan kami berlalu tanpa yang tercinta disisi. Apa yang boleh ku katakan itulah seperti yang ditulis di atas itu. Masih kelam kabut, pening2 lalat dan ketidakstabilan yang melanda diriku. Anak2 juga seakan mengerti dan merasa bahawa mereka juga kehilangan belaian seorang abah untuk sementara ini.

Menyorot kembali kisah hidupku nan lalu, memanglah aku pernah PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) selepas nikah dahulu sehingga Iman berumur 8 bulan, barulah kehidupan kami saling lengkap melengkapi. Tapi itu dulu... Nak memulakan "PJJ" kali kedua amatlah perit dan payah untuk ditempuh dengan anak yg dua orang ini. Dengan si abang yang petah berkata dan berfikir, acap kali juga dia bertanya, "Bila abah nak balik Mesia, bu?"... Aku hanya mampu memujuk dengan menyuruhnya berdoa untuk si abah.

Cerita selanjutnya tentang aku. Kini aku akan bergelar cikgu kembali apabila lamaran ku diterima di Sekolah Rendah Islam Hidayah. InsyaAllah aku mendapat mandat untuk mengurus dan memantau Kelas 3 Ibnu Majah dan Mentor kepada 4 Umar al-Khatab (Banat). Sesungguhnya aku memang teruja dengan suasana damai "iklim" guru dan "iklim" sekolahnya. Mudah2an apa yang ku cari ada di sini dan dapat aku teruskan cita-citaku di sini... Allahu Akbar!