Saturday, May 30, 2009

Happy Anniversary

Seronoknyeee abang dapat cuti di hari yang penuh bermakna ini... Itulah hadiah darinya untukku (walaupun dia tak kata) yang lebih berharga dari yang lain. Bukan apa, sebab kasihkan hubby kene keje dah 2 minggu straight non-stop...Tup-tup dapat plak dia cuti...Kene dengan tarikh hari ni plak tu...

Happy Anniversary yang kelima tahun to us... Hadiah untuk sang suami tercinta kerana Allah :)

Menyingkap tabir rahasia
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Apalagi secantik Zulaikha

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi Solehah...
Mengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya

Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Mengisyafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dari redha Allah SWT
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana...

Sesungguhnya aku menyintaimu kerana Allah :)

Thursday, May 21, 2009

Shut Down

Kali ni nak cerita sikit tentang abang kene kerja 20 hari straight mula dari 16hb sampai 7 Jun nanti. Terperap ah kami kat umah je... Rasgas tengah shut down rupanya... Abang kene kerja shift siang terus... Sian abang! Dah lah panjat sana panjat sini, tengah panas terik mentari pulak tu... Tabah ya abang... Mencari rezeki yang halal buat kami...

Ya Allah Engkau mudahkanlah segala urusan suami ku di tempat kerja atau di mana jua dia berada, lebih2 lagi dalam urusan akhiratnya. Berilah semangat kerja yang jitu buatnya agar dia lebih seronok bekerja dan beramal untuk dunia dan akhirat. Berkatilah rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami ini dan tambahkanlah keimanan kami terhadap Mu Ya Allah...

Friday, May 15, 2009

Sepetang di Simaismah

Masa off 4 hari tu hubby tanya nak ke mana kita hari ni? Yelah 4 hari kami terperap kat umah, nak juga jalan2 cuci mata n minda. So aku kata "Jom bang cari tempat yang ada pokok" hehehe...pokok sangatlah tempat ni...kueng!kueng!kueng! Tempat ni sesuai kalau nak buat BBQ...Bila MM2C nak buat gathering lagi ni?


Yang dua ni ialah sun...Yang satu ni bulan...Orang Malaysia pun nampak bulan yang sama kan ni? Rindunyeee kat mak abah...hehehe...


Tengok ni...Anak siapa main pasir niii...