Sunday, March 1, 2009

Hajat Yang Terkabul

Sejak sakit tuhari until lah kami balik Malaysia and balik balik ke Qatar tak terupdate2 blog ni. Ada tu pun guna wireless free sbb curi2 nak wish birthday kat hubby and my son. So entri kali ni nak cerita pasal hajat yang telah tercapai vs yang belum, masa balik Mesia tuhari. Syukran ya hubby, thank you Allah...

1. Gi jenjalan makan angin. Kali ni ke Langkawi Island 3 hari 2 malam bawa mak cari ubat gamat. Past tu seminggu pusing Pantai Barat Malaysia, sbb masa balik tu singgah2 umah adik-beradik and sedara mara ...vs... tak dapat nak gi Sabah nengok Piee (adik aku yg baru posting jd cikgu - lihat Frienster dia je)


2. Dapat naik bas dua tingkat (duk kat depan skali laks tu - bahagian atas), masa nak ke Langkawi dari Puduraya ...vs... tak dapat naik keretapi. Ingat nak try trip keretapi masa baliknya, takde rezeki sbb masalah teknikal.

3. Dapat makan lobster (ni impian Mr.Sabar) Dua kali makan, satu mak bg change kami berdua "candle light dinner" sempena birthday cik abang, satu tu nak bagi rase kat mak plak. Harga dia? Hanya orang yg pernah makan je tahu, Allahu Akbar! ...vs... takde, semua dapat makan apa yang tak dapat kat Qatar. Barulah tahu betapa hujan emas di negara orang...



4. Dapat pegang ular (kat Under Water World, Lamgkawi) ...vs... teringin nak pegang harimau plak (ni impian aku...). Sape2 tahu ada zoo ke atau mana2 tempat yg bagi pegang harimau, habaq kat cek no.



5. Dapat jumpa Saipon (kawan abang sama tempat study) ...vs... tak dapat jumpa Kak Amairah n Kak Zahirah (Ustazah aku masa kat Matriks UUM)


6. Dapat akikah Iman and Amien - baru buat 2 ekor kambingnyaaa ...vs... lagi dua ekor coming soon ya. Anak lelaki kan... 2 ekor kambingnya x 2 sons = 4 ekor sepatutnya. Kami buat yg termampu dulu.





Tuesday, February 24, 2009

23 February 2005 - HAPPY BIRTHDAY IMAN

Semoga jadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan Rasul... Rajin mengaji dan seronok belajar, hormat orang tua dan sayang yang lebih muda, dengar cakap ibu dan abah... Dah besar nanti jadi doktor ya, man... Barakallahu fika ya bunaiya mahbub :)

Thursday, February 12, 2009

11 February 1979 - HAPPY BIRTHDAY MR.SABAR

Tuhari aku cuma dapat tulis title ni je sbb guna wifi kat Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis. Plak tu guna handphone nokia yg touch screen jer, tu yg takleh nak taip entrinya. Aku nak dapat tarikhnya tp terlepas jugak sbb minggu tu bz gi jenjalan kat Langkawi sampai terlepas tarikh birthday hubby aku. Masa aku tulis entri ni pun guna wireless kat Dubai Airport, transit sini sebelum meneruskan penerbangan ke Doha jam 8.25 am jap lagi.

"Selamat Hari Lahir, Abang..Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dlm kebaikan... Barakallahu fika daiman wa masrurun jiddan ma'a usratika..."