Terpanggil plak nak bicara tentang berhias ni... Apa kaitan dengan kata pujangga di atas? Fikirlah... Actually kelmarin masa chat ngan suami terlupa nak solek2... Then, apa lagi kene sound pulak dari si dia... Alahai malunya!!! Oleh yang demikian, berwaspadalah wahai isteri, berhiaslah kamu walaupun sekadar dapat dilihat dari webcam suami. Mata dia juga yang nampak, tak gitu? Ni ada artikel ilmiyah yang aku dapat dari internet untuk renungan kita bersama.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:
Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.-Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah
supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi
penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan
bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika
suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia
kelihatan bersih dan
senang dilihat oleh suami.