Seronok tengok cik abang sihat n selamat di negara orang. Walaupun penat bekerja, abang masih boleh berehat dan menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Weekends baru ni cik abang berpeluang panjat gunung Mount Jang Exploration. Cantik sungguh pemandangannya... Lagi tu cik abang berpeluang pekena siput n belut! Makan seafood saja lah cik abang ya...
Moga terus berjaya di dunia & akhirat wahai suamiku...
Nak tengok gambo2nya? Jom...layannn...
ﷲ ﻏﺎﻴﺘﻨﺎ * ﺍﻠﺮﺴﻮﻞ ﻗﺪﻭﺗﻧﺎ * ﺍﻟﻘﺮﺍﻦ ﺪﺳﺘﻮﺮﻧﺎ * ﺍﻟﺠﻬﺎﺩ ﺳﺑﻴﻠﻨﺎ * ﺍﻠﻤﻮﺖ ﻓﻲ ﺳﺑﻴﻞﺍﷲ ﺍﺴﻤﻰ ﺍﻣﺎﻨﻴﻨﺎ
Sunday, October 31, 2010
Sunday, October 24, 2010
Selamat pergi, di sana dan pulang ke pangkuan kami!
Hari ni suami tercinta, ayahnda bonda dan nenda tersayang telah terbang ke destinasi masing2... Sehingga kini aku belum dapat menghubungi suamiku. Aduuuh... apakah dia selamat sampai di Pusan, Korea? Bersama beg2 barangnya yang tak bermangga itu? Aduuhai tak senang duduk aku dibuatnya. Manalah suamiku tak muncul2.....Waaa...
Ya Allah hanya padaMu aku menyembah dan hanya padaMu aku memohon pertolongan. Engkau bantulah permudahkan segala urusan suamiku di sana, selamatkan ia dari segala perkara2 yang tidak diingini dan seronokkan dia dalam menjalankan amanah kerjanya di sana. Engkau Maha Mengetahui apa yang ada dalam hatiku, Engkau berilah aku petunjuk agar tenteram dan tenang aku di sini dan bahagia dia di sana. Amin...Amin ya Rabbal A'lamin...
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa egonya.
Wahai suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat
kau terperuk terlalu dalam .
Wahai suami,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit
yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANnya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh suami kerana satu hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".
Subscribe to:
Posts (Atom)