Wednesday, April 15, 2009

Umrah dan Ziarah

Hari Ketiga ; 4 April - Alhamdulillah malam tido lena n dapat bangun Subuh di Masjidil Haram. Hmm kalau "bernasib baik" boleh bawa kamera ke dalam masjid.


Lepas sarapan bertolak ke lokasi ziarah pertama Jabal Thur (tempat persembunyian Rasulullah n Saidina Abu Bakar semasa dikejar Kafir Quraisy). Then Padang A'rafah n Jabal Rahmah (tempat pertemuan Nabi Adam n Hawa selepas dikeluarkan dari Syurga). Then Muzdalifah (tempat orang mengutip batu untuk dilontar di Jamra). Then Mina (tempat melontar Jamrah). Then Masjid Ja'ronah (tempat Miqat untuk berniat umrah) n akhir skali Jabal Nur yang ada Gua Hira' (tempat Nabi Muhammad menerima wahyu pertama). Ni nengok dari jauh je sbb malam esok baru depa nak pi panjat bukit tu.


Hari Keempat ; 5 April - Sambung ziarah bermula ke Ladang Unta (minum susu segar unta...hmmm). Then ke Masjid Hudaibiyah (tempat peristiwa berlakunya baiáh (perjanjian) antara Rasulullah dgn Kafir Quraisy - juga tempat Miqat untuk berniat)


Hari kelima ; 6 dan 7 April - Rutin biasa pergi balik ke masjid n lihat rumahNya.


Hari keenam ; 8 April - Abang Isa selamat tiba di Mekah dari Malaysia n kami bersama menunaikan umrah buat kali kedua. Miqat di Masjid Tanéem.


Hari ketujuh ; 9 April - Tawaf Wida' n kami akan kembali lagi Ya Allah. Selama 5 jam kot perjalanan ke Madinah Munawwarah pulak. Juga beriringan dengan family Zikhan n Jamilah.


Hari kelapan ; 10 April - Ziarah Masjid Quba'n Masjid Qiblatain. Tak sempat nak ke tempat-tempat bersejarah yang lain. Maknanya kene datang lagi tuh!


Hari kesembilan ; 11 April - Bumi Anbiya' kami tinggalkan dengan kelajuan 160-170km, one short terus ke Doha but singgah lagi di Riyadh, bertolak pukul 9 pg kot dari Madinah n selamat sampai Mirqab pukul 10 malam. Alhamdulillah... Kami akan datang lagi...