Syukur yang tak terhingga aku panjatkan kepada NYA Yang Maha Kuasa...
Lebih kurang jam 11 pg tadi waktu tempatan (6 pg waktu Qatar) suamiku selamat menjejakkan kaki ke bumi Doha selepas menaiki pesawat MAS dari Senai jam 8.35 mlm semalam 27hb ke KLIA. Setelah transit 7 jam kemudian, dia diterbangkan lagi dengan Qatar Airways dengan selamatnya...Alhamdulillah...
Terjawab pertanyaan anak sulungku Iman, "Mana abah, bu?" pabila suamiku menghubungi kami sebaik tiba di Doha. Sukanya dia bukan kepalang mendengar suara abah di hujung talian, jelas dan terang umpama berada di dalam negara. Dengan ibu, abah bersms-sms cukuplah... Dengan kadar 50 sen (Ibu) dan 60 sen (Abah) bolehlah kita bertanya khabar setiap hari, insyaAllah.
Teruskan perjuangan wahai suamiku...
Usah khuatir tentang Iman...Minggu depan dia akan mula bersekolah, banyaklah aktiviti sehariannya nanti, moga dengan itu dia tak lah asyik teringatkan abah. Semoga perpisahan sementara ini akan lebih menguatkan kasih sayang antara kita...Amin!