ﷲ ﻏﺎﻴﺘﻨﺎ * ﺍﻠﺮﺴﻮﻞ ﻗﺪﻭﺗﻧﺎ * ﺍﻟﻘﺮﺍﻦ ﺪﺳﺘﻮﺮﻧﺎ * ﺍﻟﺠﻬﺎﺩ ﺳﺑﻴﻠﻨﺎ * ﺍﻠﻤﻮﺖ ﻓﻲ ﺳﺑﻴﻞﺍﷲ ﺍﺴﻤﻰ ﺍﻣﺎﻨﻴﻨﺎ
Tuesday, May 20, 2008
Botanical Garden of Kemasik
Ini adalah last gambar yang diambil untuk "Botanical Garden" yang ada di sekitar umah. Sedih pun ada bila tengok pokok nie dah besar molek . Semua pokok nie import dari kampung halaman he he he . Dulu masa member aku nak bla dari Malaysia, dia kata bila tengok pokok yang selama ini dia bela kasi baja kasi jaga , nak bagi orang sedih rasanya ... aku relax je . Tapi bila turn aku memang baru aku tahu apa yang dia rasa dulu.Aku tak tahu lah agaknya aku nurun perangai bapak aku suka kat pokok . Aku bajet nanti bila aku menetap kat Qatar pun aku nak buat kebun bunga versi qatar pulak wah wah wah
Regards
- sabarsu -
javascript:void(0)
Save as DraftSave as Draft
Saturday, May 17, 2008
Doa Senjata Mukmin
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya,
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.... Ameen Ya Robb...
Sunday, May 11, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)